Tuesday, October 9, 2012

BERAPA KALI BABY SAYA KENA MENYUSU NI???

Sama seperti kita, bayi mempunyai selera yang berlainan. Jumlah susu bayi yang diperlukan oleh bayi buat hari-hari pertama sebenarnya bergantung pada dia. Anda akan perhatikan bahawa walaupun bayi anda hanya mengambil sedikit susu pada hari-hari pertama, ini akan bertambah dengan perlahan dari hari ke hari. 

Anda boleh mendapat idea kasar banyak mana yang diperlukan bayi dari jadual ini, yang menggunakan angka purata: 

Usia bayi anda
Jumlah susu setiap penyusuan
Hari 1 (0 ke 24 jam)
7ml (lebih sedikit dari sesudu kecil)
Hari 2 (24 ke 48 jam)
14ml (kurang sedikit dari 3 sudu kecil)
Hari 3 (48 ke 72 jam)
38ml (1.3auns bendalir)
Hari 4 (72 ke 96 jam)
58ml (2auns bendalir)
Hari 5 (96 ke 120 jam)
68ml (2.3auns bendalir)


Bayi yang mengambil susu ibu tidak memerlukan banyak susu di setiap penyusuan. Bayi yang menyusu formula akan mengambil jumlah yang lebih banyak daripada bayi yang disusukan ibu. Bayi yang diberi formula tidak dapat mengawal pengambilan susu mereka dengan cara bayi menyusu badan boleh. 

Sudah tentu, jika anda menyusu badan berapa banyak susu yang diperolehi oleh bayi anda tidak akan dapat diketahui. Tanda-tanda yang anak anda menyusu dengan sempurna ialah: 

• Anda merasa tetek anda menjadi semakin lembut semasa penyusuan. 

• Anda mendengar dia menelan perlahan. 

• Dia menanggalkan diri dari payudara anda dengan sendiri. 

• Dia kelihatan tenang selepas menyusu. 

• Najisnya berwarna kekuningan dan dia membasahkan lampin dalam jarak beberapa jam. 

Bayi baru lahir anda mungkin menurun berat badan sedikit selepas kelahiran. Ini semua adalah normal. Dia akan mula menambahkan berat badannya menjelang usia lima hari. 

Namun, sebagai panduan, anda boleh menjangkakan penyusuan kolostrum akan mengambil masa 40 minit atau lebih. Sebaik saja susu anda mula mengalir, bayi anda akan menyusu antara lima dan 30 minit di satu payudara. Biarkan dia menghabiskan payudara pertama sebelum memberikan yang kedua. 

Jangan bimbang jika bayi anda tidak menghabiskan banyak masa menyusu . Setengah bayi boleh mendapat kesemua susu yang diperlukannya dalam beberapa minit saja, yang lain mengambil masa yang lebih. Asalkan bayi anda melekap dengan betul, dia akan mendapat susu akhir yang kaya lemak di penghujung setiap penyusuan. 

Ehsan Bay Centre.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment