Thursday, October 7, 2010

darah, gene, daging n keturunan

encik jaapar dan puan jaliha d kurniakan 4 orang anak, 2 lelaki (dlm part ini kadang2 mama telepas ckp, "klu aku tau payah mau jaga anak llaki ni bek aku beranak anak pompuan ja"~ini ketika mode sebal, sengal, marah, emosi dan sebagainya~) n 2 pompuan (dlm part ini pla, kadang2 ayah telepas cakap, "klu aku tau anak pompuan ni suka ngabiskan duit aku tuk shoppiang baik aku suruh bini aku beranak lelaki ja" ~ ini ketika mode ayah aku sedang mengeluarkan kepingan nota2 berharga dari dompet kesayangannya smbil menjeling kmi yang tersengih2 d sebelah kaunter sambil menjinjit barang2 belian hihihihihi~). setiap anak2 ayah n mama aku ni masing2 punya kelebihan n kekurang tersendri n paling penting masing2 ada pe'el sndri, ahhhhhh sabarnya parent aku kn ihhihiih. jom aku ceta satu persatu tntang perangai, kelebihan n kekurangan (part ni dak buli ceta byk, marbahaya~dosa ohh mngaibkn sodara sedara sndri). tp sebelum tu biar aku tunjuk dulu pic kmi berempat k

plz ignore pose kurang pintar saya tu (ni tepengaruh dgn group 4u2c la ni) ~ hah ni la pic kami berempat dgn ayah tercinta, zaman ni memang zaman kegemilangan trend baju2 askar [dak pun dorg jadi askar saya tgk sekarang ni].

dr kiri yang pakai baju kaler merah tu yang setiap kali bergambar cuma tahu buat sign peace ialah ain, dia anak no. 2, obiusly yg d tengah2 tu saya la kn, sebelah kanan pose duduk macam ultramen baru belajar step silat tu nama dia kamil, dia anak no. 3, dia ni kira anak sulung lelaki n anak pebret ayah saya selepas saya huahuahua n yang d depan cinonet tu yang kami suma adik beradik ingat tak kan pandai besar tu nama dia naufal a.k.a mameng, dia anak bongsu. 

so kita stat dengan ceta pasal c ain a.k.a tokey kek ye
ini ain masa baby (macam trojen-masa ni saya penah bagi dia makan pembalut gula2 getah sebab saya jeles dengan dia, mama n ayah selalu aja bagi perhatian dengan dia)

budak ni masa lahir dulu2 kami ingat dak akan pandai besar sebab dia lambat membesar then masa kecik dalam umur 2-3 tahun gitu dia sangat kurus (bab2 kurus ni kang kita ceta k). dia juga adalah diantara yang paling lambat mau belajar becakap, dia pelat, saya masih ingat ayat2 dia yang paling best "ini totin atu tan ma?" mama saya yang sedang menggoreng pisang terkedu sekejap n befikir perluka aku mnta dia ulang balik apa yang dia cakap td ni? huahuahua. translate ayat sebenar ialah "ini stokin aku kan ma?" hahahaha masa ni kitaorang bergaduh pasal stokin, kitaorang kecik2 da d biasakan tuk buat keja2 rumah seperti memilih baju sendiri di dalam bakul baju then lipat sendri [alahhhh pastu mak kitaorg lipat balik gak, just imagined keja tangan budak kecik, boleh trimaka hasil dia?? saja nak buat kitaorg bz la tu], so tym kitaorang selongkar2 baju terjumpala stokin n besala babak2 rebut merebut stokin msti ada la kn-yala stokin zaman tu kan stokin jenis reben-reben n rambu-ramba- bila da berebut2 konpom gaduh punya, so c ain yang selalu tak mau ngalah rebut stokin dr saya n lari p dapur smbil berkata ~dialog seperti diatas~, tapi lagi best bila mamatua [kita orang panggil nenek blah ayah mamatua n atuk bapatua] ajak ain makan trus dia dengan kekunun pintarnya menjawab "atu mau mati tulu baru matan" meaning "aku mau mandi dulu baru makan" [ain memang terkenal sebagai pembersih dr kecik] mamatua trus tediam tak kekata apa2 hahaha. ain ni muka dia macam cina kn tapi iya2 ngaku pra hua-hua-hua ntah hantu apa merasuk dia ni smpi nak sangat jadi pra, mungkin bab hidung dia ada mancung sikit kot {yela tu..}. so bila ain da menjangkau usia 4-5 thn gtu badan dia kurus sangat, cekedingla kalau kira d ibaratkan. soo my mum risau la kn, pastu bila bawa kitaorang p kenduri ke tau majlis2 apa pun msti orang tegur, "ai leha ko tak bagi anak ko makan ke? asal aku tengok cekeding semacam je anak ko, ke anak ko ni ada penyakit?" mula2 mama bolehla senyum2 kambing sambil kata "ntah la joyah, anak aku ni kurang sikit selera nak makan, pemilih sangat" [iyaaa ain memang pemilih bab makan, bab tu nti kita ceta k] tapi bila da asik2 kena tanya soalan yang sama mama pun naik geram so belikan kitaorang vitamin A....{nama tak boleh sebut nanti saya kena saman}, di sebabkan ain ni memang terkenal dengan sikap yang tak mau kalah dengan saya n selalu mau lebih dari saya, dia selalu makan vitamin tu 2biji sekali telan sedangkan pengambilan secara normal cuma sebiji sekali makan, then kesudahannya korang pun da boleh agak kn, bila ain menginjak je usia 10 tahun gtu dia da mula membesar secara maksima dan dia menjadi di antara kanak2 berusia 10tahun yang lebih besar dari biasa. dia sangat suka makan dan saya sudah mengerti bahawa hobi utamanya ialah makan namun begitu dia tidak mensia-siakan hobi yang dia minati itu kerana beliau akan rajin masak dan yang kena tempiasnya ialah kami-kami yang malas mau masak tapi sentiasa lapar dan bukan setakat itu sahaja, beliau kini telah memegang title TOKEY KEK sebab dia buat bisnes jual cupcake, tart telur n kek [harus d akui semua yang tersebut di tepi ini adalah sangat sedap sekali] 

 ni kek masa saya tunang

 ni pla kek tunang org len

 org AirAsia pun order dgn dia ah

 asal saya rasa macam saya promote dia ni??? takpe adik beradik, buli tumpang2 jari kelingking sekali :89

saya tidak sangkah dia ni kreatif jga sbb dulu masa SPM saya yang tolong buatkan keja seni dia [shhhh jgn bgtau org k]

see betapa bergunanya hobi dia yang suka makan tu kan. ermm selain suka makan dia pandai menjahit n kemas rumah n pandai fashion jgala n also pandai bab2 komputer n IT ni, kira sapa dapat dia ni kira untung sikit la hahaha, dalam kami 3 beradik, kami selalu panggil dia mama tiri sbb dia memang macam mak tiri, garang kemain, suka teriak2 padahal dia ni pendiam n pemalu tau [konon!] dia suka teriak bila suruh kitaorang bersihkan rumah tau pun kami kacau dia tengah makan hahahaha but then she is more concern to our family n brothers la, klu harap saya......hampeh kui-kui-kui, dia kira orang harapanla d rumah merangkap Chef dan juga orang gaji hahaha. minded dia more to chinese-bisnesminded, suka keja sendiri jd bos sendri n suka cari duit, anything yang boleh mendatangkan untung bagi dia, dia takkan lepaskan [teringat beg saya yang jambu tu, alih2 da ilang dr almari, bila tanya dia kata dia da jual, suka hati betul!]. ermmmm tak boleh ceta banyak sangat pasal dia ni.

adik saya yang ke3, nama penuh dia Mohd Kamel, kami panggil dia mel ja [tp ada zaman dahulukala kamil insist kami panggil dia JOHAN, kenapa? kami pun kurang pasti motif sebenar dia] dia ni suka hidup dalam donia dia sndri, dalam donia dia cuma ada makanan, tiduran, TVian, musikan, tari-tarian n perempuanan [opssss!!!]. dia ni macam biskut atau juga mungkin ahli silap mata tidak kurang juga dia berkemungkinan adalah halimunan kerana kami selalu tidak tahu dia kemana a.k.a kami tidak sedar jika dia ada d rumah atau tidak kerana hobi sebenar dia ialah memerap di dalam bilik, bilik adalah rumah sebenar dia, bila malu dia lari masuk bilik [oh lupa mau mention kamil adalah seorang jejaka pemalu, dari kecik sampai besar, bila ada orang datang rumah dia mesti sembunyi dalam bilik dan cuma akan keluar bila orang dah balik ~tapi sikap ini sedikit sebanyak telah berubah, mungkin kerana dia sudah matang atau juga kerana makcik2 yang datang kerumah selalu bawa anak dara dorang yang molek-molek tu] bila marah pun lari p bilik, bila sedih..ermm budak ni pandai sedih ka?. ya lupa juga mau mention, dia pandai menyanyi, suara dia sedap, kalau poket dia berkepuk2 dia akan rela hati bawa n belanja saya karoke [harus saya rasa bangga sebab dalam adik beradik cuma saya yang dia invite - kembang hidung sekejap ;8D] dia ni paling jarang masak tapi sekali masak memang sedap, masa dia kecik2 memang comel gila, tersangatla comel

 mama tidak pecaya kepada bnda yang bernama pampers

dulu bila tanya apa cita2 dia, dia mesti blur, sebab dia tak tau nak jadi apa, he is a person yang follow the flow i gez, tapi sekarang mungkin cita2 dia menjadi semakin terang di mata kerana dia begitu meminati bidang masakan [tapi dia juga minat menari-adaka jauh d dasar hatinya dia mahu menjadi penari pro?? saya tidak berani untuk membuat spekulasi]

 menjadi chef?

atau

penari pro?

 tapi apa-apa pun pilihan dia, kami sekeluarga tahu itu adalah yang terbaik untuk dia mana tau tiba-tiba dia jadi.....

seorang model???

hahahaha, ermm baru saya sedar belum banyak yang saya tahu tentang adik saya yang seekor ni eh salah, yang seorang ni [tula ko mel, suka sangat hidup dalam dunia ko, memerap ja dalam bilik].

ini pla ceta pasal adik saya yang bongsu or bungsu??? saya tidak punya gambar ketika dia masih bayi, cuba untuk mencari d FB nya haram tak jumpa, seingat saya hari tu mama ada tag pic masa dia baby, tapi mungkin dia sudah delete [konpom dia malu, alaaaa kekonon dia sudah bujang la tu, hish!], hah ceta pasal adik saya yang paling kecik tapi sebenarnya paling besar ni, dia punya kepala hangin yang sangat bikin panas, mesti cakap lembut-lembut dengan dia arghhhhh tensen, bila cakap tinggi or tekasar sedikit dia akan balas 10x ganda dari kekasaran dan ketinggian kita tu, tapi dia ni budak baik sebenarnya, rajin membantu ketika di perlukan [tapi tengok mood dan juga mesti ada imbalan, huh!] paling pandai dalam soal2 mekanikal terutamanya moto [dia adalah mat rempit sambilan], dia juga sangat meminati permainan pool atau snuker [ada bezaka tu?], selalu temankan saya pegi menerokai tempat yang tidak d ketahui hujung pangkalnya [biasanya ketika ini kami akan selalu trip ataupun dalam bahasa melayu kami berangan yang kami sedang ikut pertadingan rally DAKAR, eh betulka tu? alaaaa lumba keta yang guna 4wheel-memangla keta guna 4tayar ayoo!-tu pastu drive laju2 dalam hutan n kebun kelapa sawit n ada seorang baca peta ~ n biasa tiada pun d antara kami berdua yang baca peta, kami main redah ja hahaha], dia ni jenis ermm hewan apa yang boleh menggambarkan balik subuh2 tidak kira sekolah atau pun cuti?? ahh tiada, dia la seorang jenis manusia begitu, tidak pernah takut kena marah sebab balik lambat [heran, napa dia jarang kena marah, kalau zaman saya dulu nak berangan balik lambat pun sudah rasa macam kena rembat dengan tali pinggang kulit ayah-bukan tali pinggang yang d perbuat dari kulit ayah okey, dushh!! berhenti merepek shella] dia juga kekadang merupakan partner in crime muahahaha apa crime??? mana bley bagitau, rahsia ohhhhh. dalam 4 orang sedarah sedaging ni cuma dia seorang ja yang terer n pandai matematika [mungkin sebab tym mama ngandungkan dia, mama makan spirulina-dorang kata spirulina ubat/suplimen bagus boleh buat anak pintar, napa mama tak makan spirulina tym ngandungkan saya kalau tak konpom dalam slip SPM maths saya bukan berbentuk taugeh segar]. oh lupa mau bagitau, dalam family kita n family sebelah mama dia kena panggil mamenk n family belah ayah panggil dia nopal or gopal [saya tau mesti dia cuba rahsiakan ini daripada pengetahuan cewek, awekz, kawan d sekolah dan paling penting kawan2 n kenalan2 d FB] muahahahaha. Hahahaha [saya mulai dengan ketawa sebab nak kaver diri sebab sedang stuck idea] hah ada lagi, ketika dia masih kecil saya dan ain pernah potong rambut dia guna mangkuk, bakar tangan dia n tolak dia dalam semak [menitik juga airmata bila mengenangkan kisah ini, minta maaf menk], saya ada pic rambut dia macam mangkuk nanti saya scan n upload k. 


d sekolah pun blh g camwhore ah

ermm dah la ceta pasal darah daging saya ni, macam saya da boring pla [padahal teda idea sudah]. for my adik beradik, no matter kita gaduh macam nak beperang dkat iraq, we owez remember kita adalah satu [ewwwwww], buruk2 kita ni, kita cuma ada each other, susah2 kita cuma kekita ja yang rela membantu [sila jangan jadi macam watak dalam drama swasta yang adik beradik tak nak tolong each other ok, dan cemburu mencemburui each other, kita memasing tahu kelemahan n kelebihan diri memasingkan, jauhkan semua sikap n sifat laknat tu, nauzubillaminzalik] akhir kata lihatla.....

pic kami yang da besar gedabak ni [ayoo ni geng gumuk ka apa ni?]



No comments:

Post a Comment