Friday, October 5, 2012

KALER TAIK BABY MENYUSU BADAN KALER APA?



    Ok isu taik ni memang kena ALERT sebenarnya, aku masa c melody mula-mula berak tu aku heran kenapa taik dia kaler macam hijau-hijau n kadang-kadang macam kaler lumpur pun ada juga, ba firstyme mom kn, bila tengok kaler taik anak tu macam tu aku rasa cuak, terus kol kawan Puan Nadia, tanya taik kaler apa yang di kategorikan sebagai taik yang normal, dia cakap kalau taik baby hijau tu ok juga n bila taik kaler kuning tu memang normal la, so aku tarik nafas lega. Terus terfikir, bila jadi mom-mom ni taik anak pun boleh bikin stress n jadi pikiran, huh ingat senang ka jadi mom-mom ni.


    So dibawah ni ada beberapa info yang boleh kita semat dalam hati n minda tuk upcoming kids @_@


*           *          *         *        *        *         *         *         *         *        *         *       *       *        *       *      *      *      *      


Ini bergantung kepada umur bayi anda. Di hari-hari pertama dalam usia bayi anda, najisnya berwarna antara hijau gelap ke hitam. Najis kehitaman ini ialah mekonium. Mekonium terdiri daripada bahan-bahan yang telah terkumpul dalam usus bayi anda semasa anda hamil dengannya. 

Kolostrum, iaitu susu kaya yang dikeluarkan pada hari-hari awal, membantu bayi anda mengeluarkan mekonium dari dalam badannya. Kolostrum bertindak sebagai laksatif. Lagi cepat dan lagi kerap anda menyusukan, lagi cepat mekonium akan keluar dari sistemnya. 

Himpunan mekonium boleh menyebabkan jaundis. Oleh itu, elok jika anda menyusukanlah bayi anda sekerap mungkin pada hari pertama dan mungkin kedua. Bayi lazimnya sangat mengantuk. Tidak menjadi masalah jika dibangunkan dia perlahan-lahan dan meletakkan dia ke tetek anda. Dengan cara ini anda memastikan bayi mendapat banyak kolostrum untuk membantu menggerakkan saluran penghadamannya untuk mula berfungsi. 

Apabila fasa kolostrum ini berakhir, susu anda mula mengalir. Najis bayi akan bertukar warna menjadi kuning-hijau. Najis sekarang kurang melekit dan lebih mudah untuk ditanggalkan dari kulitnya. Apabila susu anda mengalir dengan lebih banyak, najis bayi akan berubah daripada kuning-hijau kepada kuning atau perang coklat. 

Najis hijau yang berair adalah tanda bahawa bayi anda lebih banyak mengambil susu awal daripada susu akhir. Susu awal lebih cair dan mudah menghilangkan kehausan. Susu akhir lebih bernutrisi dan lebih tinggi kalori. 

Jika bayi anda kelihatan lapar dan selalu meminta hendak menyusu, pastikan yang dia melekap dengan baik. Biarkan dia menghisap satu payudara seberapa lama yang dia mahu. Cara ini memastikan dia mendapat lebih banyak susu akhir dan ini akan mengenyangkan dia dan dia boleh bertahan lebih lama. 

Najis berair mungkin bermakna yang bayi anda dijangkiti virus perut. Atau bayi anda sensitif kepada salah satu makanan yang anda makan atau sesuatu ubat yang diambil. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pediatrik sebelum menghentikan sesuatu makanan atau menukar ubat. 

Ehsan Baby Centre




No comments:

Post a Comment