Tuesday, October 9, 2012

BABY USIA LIMA HARI MNYUSU SETIAP DUA JAM, OK KA TU???

Dalam satu perkataan, ya. Adalah baik menyusukan bayi anda pada bila-bila masa dia ternampak memahukannya, dan seberapa lama dia mahu. Ini diberi nama penyusuan berpandukan bayi. 

Penyusuan berpandukan bayi agak munasabah, sebab hanya bayi anda yang tahu bila dia lapar atau haus, dan berapa banyak susu dia memerlukan pada satu-satu masa. 

Selepas minggu pertama kehidupan, kebanyakan bayi muda menyusu enam hingga lapan kali sehari, tetapi selalunya penyusuan ini berlainan jaraknya. 

Anda mungkin merasakan yang bayi anda menyusu setiap dua jam, tetapi realitinya, mungkin kurang kerap dari itu. 

Mungkin terdapat jarak dua jam antara penamat satu penyusuan dan permulaan penyusuan yang lain? Mungkin bayi anda menyusu lebih kerap di waktu malam, tetapi memanjangkan jarak penyusuannya di waktu siang? 

Jika bayi anda menyusu di waktu malam, anda akan terasa seakan-akan tiada masa dia tidak melekap di payudara anda. Pada lima minggu, bayi anda tidak memahami perbezaan antara malam dan siang. Tetapi setelah minggu-minggu berlalu, dia sepatutnya sudah mula mempelajari satu pola tidur dan anda sudah boleh mendapat lebih rehat di waktu malam. 

Jika anda mendapati penyusuan malam amat meletihkan, cuba tip-tip ini: 

• Letakkan kot bayi anda di sebelah katil anda, supaya anda tak perlu tinggalkan katil untuk menyusunya. 

• Cuba memerah susu di waktu siang, dan minta suami anda memberi susu yang diperah itu pada waktu malam.Elok juga diperhatikan cara bayi anda melekap. Jika dia mendapati sukar untuk melekap dengan baik, dan sebab itu tak dapat menyusu dengan mendalam dan selesa, dia mungkin merasa tidak puas selepas penyusuan. 

Susu akhir kaya lemak datang di penghujung penyusuan. Jika bayi anda tidak mendapat susu akhir ini, dia akan perlu menyusu lebih kerap untuk mendapat kalori yang diperlukan dari susu awal yang rendah lemak. 

Anda boleh meminta kaunselor penyusuan ibu atau pakar penyusuan bayi untuk memerhati semasa anda menyusukan dia. Jika anda mengalami puting pedih, walaupun ini tidak kerap berlaku, ini mungkin bermakna bayi anda tidak melekap dengan baik. 

Satu lagi cara untuk memastikan bayi anda mendapat susu akhir ialah dengan membiarkan dia menghabiskan payudara pertama sebelum memberikan dia yang satu lagi. 

Tapi, ingatlah bahawa bayi anda mungkin akan memilih untuk menyusu pendek bukan saja menyusu panjang. Ada masanya dia lebih suka makanan ringan bukan hidangan tiga peringkat! Dan jika cuaca panas, dia mungkin mahu menghilangkan haus dengan lebih kerap. 

Dapatkan maklumat tentang bagaimana hendak menentukan bayi anda sudah habis menyusu


Ehsan Baby Centre.




No comments:

Post a Comment