Tuesday, October 2, 2012

CARA MENYUSUKAN BAYI DENGAN BETUL






1- Teknik lekapan
Ok senarai ni yang patut di lihat/perati mengenai pelekapan yang betul ah
* Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
* gerakkan badan bayi ke arah payudara
* pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)
* pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara

Cara pelekapan yang betul
* mulut bayi terbuka luas
* dagunya mencecah payudara
* bibir melekup keluar
* pipi gelembung
* payudara nampak penuh dan bulat
* terdengar nada hisapan – hisap -telan-hisap-telan



cara susukan baby


Apa patut buat bila susu banyak n kuar memancut-macut while menyusukan baby?
1. Tekap dahulu dengan kain, ataupun tadah susu itu, selepas let down itu kembali normal, baru susukan bayi semula.
2. Puan boleh gunakan pegangan gunting ‘scissor hold’ pada bahagian aerola bagi memerlahankan susu. 3. Perah dahulu baru susukan bayi.

1 comment:

  1. suka dengan info ni..biasanya saya tekap dgn kain..susu xmeleleh:-)

    ReplyDelete