Thursday, October 18, 2012

TIPS KURANGKAN BAU PERFUME



    Aku pening-pening lalat menahan bau perfume yang menusuk ke lubang hidung aku , so google berharap dapat tips macam mana mau kurangkan bau perfume dekat baju aku ni, nan ado, satu pun teda yang berkaitan, last-last aku p pantri teringat last 2weeks aku n member opis ada buat steamboat, buka peti sejuk wallah aku nampak lemon, hati nurani aku berbisik dan menyatakan inilah solusi yang aku cari-cari. Aku amik lemon tu then hiris sikit kulit dia pastu aku tenyeh-tenyeh dekat baju n tudung aku, magiknya kurang bau perfume tu, Alhamdulillah hilang juga akhirnya rasa pening n loya aku tu.



tq incik lemon kerana telah menyelamatkan hari aku




CARA SIMPAN SUSU BADAN YANG BETUL

Untuk menyimpan susu badan, pilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat. Beg sejuk khas untuk pembekuan susu badan boleh dibeli untuk menyimpan susu anda tetapi selalunya ia mudah bocor, koyak dan berlubang, dan mungkin tidak bertutup rapat. Walau bagaimanapun, Perunding Laktasi dan Pengerusi Pesatuan Ibu-ibu Menyusu UK, berkata: "Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon dan semuanya akan OK. Satu lagi cara ialah menggunakan dua lapis beg." Namun begitu, gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama. 

Anda mungkin telah menjumpai banyak garis panduan yang berlainan mengenai tempoh dan tempat anda boleh menyimpan susu badan (EBM - expressed breastmilk). Persatuan Simpanan Susu UK menjelaskan bahawa ini ialah disebabkan kumpulan kajian yang berlainan telah memfokuskan ke atas aspek simpanan susu yang tertentu yang mana telah dibentangkan berkaitan kajian tertentu, dan bukanlah bermakna garis panduan itu adalah salah. Beberapa garis panduan disasarkan kepada susu yang disimpan dalam keadaan steril dalam tabung susu; ada yang lain hanyalah relevan jika anda mempunyai bayi pramatang. Secara am, garis panduan yang berikut berasaskan kajian yang diperolehi dari UK’s Association of Breastfeeding Mothers (ABM) dan sesuai bagi ibu yang menyimpan susu di rumah untuk bayi yang sihat dan cukup terma. 

Anda boleh menyimpan susu: 

• Pada suhu bilik – tidak melebihi daripada 77 darjah F/25 darjah C – selama empat jam.

• Dalam peti ais bersuhu 39 darjah F/4 darjah C atau lebih rendah selama tiga hingga lima hari. Walau bagaimanapun, disebabkan kegunaan peti ais di Malaysia adalah lebih berat oleh kerana peti ais banyak digunakan untuk menyimpan item segar, maka, satu nasihat am ialah supaya menyimpan susu badan yang dipam tidak melebihi 24 jam.

• Dalam peti sejuk beku bersuhu -20°C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama enam hingga 12 bulan. Malah, di Malaysia, pakar-pakar selalunya menyarankan supaya menyimpan susu dalam peti sejuk beku hanya selama tiga hingga enam bulan jika suhu peti sejuk beku anda disetkan tidak melebihi negatif 18 darjah Centigrade. Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku. 

Sebagai tambahan kepada garis panduan dari ABM, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut: 

• Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku. Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan (refrigerated) dan bukan susu beku (frozen) untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.

• Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.

• Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam. 

Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut. 

Ehsan Baby Centre

PAM SUSU D OPIS???


Apakah kelebihannya mengepam susu di tempat kerja? 

Mengepam susu badan di tempat kerja boleh menjadi suatu gangguan, dan melakukan perkara yang peribadi ini di persekitaran kerja adalah pelik. Tetapi kebanyakan ibu mengetahui faedahnya adalah lebih berbanding kesukarannya. Anda akan dapat membekalkan faedah kesihatan dan khasiat yang hanya diperolehi dari susu badan kepada bayi anda, dan mengepam susu badan merupakan satu cara yang baik untuk anda berasa rapat dengan bayi anda pada waktu-waktu anda di tempat kerja.

Satu perkara terbaik mengenai mengepam susu badan di tempat kerja ialah anda pulang ke rumah kepada bayi yang masih mahu menyusu - anda boleh mendakapnya dengan segera, memperkuatkan ikatan anda, dan memeliharanya dengan cara yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Untuk memastikan bayi anda masih mahu menyusu apabila anda pulang ke rumah, minta penjaga anda supaya jangan memberikan susu kepadanya sejam sebelum anda pulang atau berikannya hanya sedikit susu untuk menghilangkan rasa laparnya. Dengan ini, anda dan bayi anda akan tertunggu-tunggu untuk bersama setiap hari. 

Bagaimana saya boleh mengepam susu badan dengan baik di tempat kerja? 

Anda akan memerlukan:

• satu pam – pam elektrik berbentuk dua adalah yang paling efisien tetapi harganya mahal (ramai wanita juga selesa menggunakan pam tangan);

• botol susu;

• akses kepada peti sejuk atau kotak sejuk;

• lapit buah dada.

Elok sekiranya anda mula mengepam susu badan di rumah sebelum kembali bekerja selepas bersalin. Ini ialah supaya anda tahu apa yang sebenarnya akan berlaku dan dapat membiasakan diri dengan sensasi aneh apabila dua sarung pam ditekan pada buah dada anda. Anda harus mengepam sama kerap seperti kekerapan bayi menyusu sebab anda boleh menyimpan susu itu dalam peti sejuk sebagai bekalan. Sekiranya anda mengepam secara kerap tanpa mengikut jadual menyusu, anda akan mendapat sedikit susu sahaja berbanding dengan mengepam pada waktu menyusu penuh; walau bagaimanapun, jika anda mengepam semasa waktu bukan menyusu dan di samping itu menyusukan bayi pada masa yang sama, anda akan menghasilkan susu berlebihan dan akan berasa tidak selesa. Bila anda baru mula mengepam, anda mungkin dapat mengumpulkan sedikit susu sahaja, tetapi tidak lama nanti, anda akan mendapat beberapa auns setiap kali mengepam selama 15 hingga 20 minit.

Secara idealnya, anda perlu mempunyai akses ke sebuah bilik persendirian di tempat kerja, seperti bilik pejabat yang tidak digunakan atau bilik persidangan atau bilik stor yang besar dan bersih yang lengkap dengan kerusi, meja dan poin kuasa. Minta staf sumber manusia untuk mencadangkan tempat sesuai dan cuba dapatkan sokongan rakan sekerja atau pengurus anda. Jika terdapat permintaan lain (mungkin seorang lagi ibu yang menyusukan), anda boleh meminta disediakan bilik ibu-ibu susu di pejabat. Senario paling teruk ialah apabila anda perlu mengepam di kubikel bilik air. Pakar BabyCenter Jennifer Hor mencadangkan supaya anda hanya melakukannya untuk mengurangkan kebengkakan. Melihat keadaan (lazimnya) kurang ideal bilik-bilik air di Malaysia, susu yang dipam perlu dibuang sahaja. 

Adakah saya perlu memberitahu rakan sekerja saya bahawa saya sedang mengepam susu? 

Anda tidak perlu memberitahu rakan sekerja anda apa yang anda lakukan semasa waktu rehat anda jika anda berasa tidak selesa, tetapi anda perlu memberitahu ketua anda. Dia perlu tahu bahawa mengepam susu tidak akan menganggu kerja anda, jadi yakinkannya bahawa menyusukan bayi anda dengan cara ini akan menenangkan anda sebab anda tahu bayi anda akan mendapat yang terbaik. Ini akan membuatkan anda menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerja. 

Bagaimanakah saya boleh memaksimakan pengeluaran susu badan saya? 

Relaks dan lihat gambar bayi anda atau gambarkan rupanya semasa anda mengepam. Setelah pam buah dada berfungsi dengan baik, ramai ibu mendapati yang mereka boleh menggunakan masa mengepam tersebut dengan pembacaan berkaitan kerja. 

Bilakah saya perlu mengepam? 

Ia bergantung kepada anda tetapi cuba melakukannya pada masa yang sama setiap hari. Jika anda boleh mengepam setiap tiga jam, anda akan boleh menghasilkan jumlah susu yang diperlukan oleh bayi anda. Mengepam sekali atau dua kali sehari adalah lebih realistik, dan ianya mencukupi untuk memenuhkan bekalan susu anda untuk penyusuan pada waktu pagi, petang dan hari minggu. 

Bagaimanakah saya memindah, menyimpan dan menghangatkan susu badan? 

• Ia adalah penting untuk menyediakan bekalan di dalam peti beku sebelum anda kembali bekerja sebab anda akan memerlukan susu yang secukupnya pada hari pertama anda bekerja.

• Pam dan simpan susu sama ada dalam botol kaca atau plastik atau beg plastik yang dibuat khas untuk tujuan ini. Kajian menunjukkan bahawa sel darah putih mungkin akan melekat pada kaca dan tidak pada plastik, dan ini menjadikan plastik sebagai pilihan yang lebih baik (botol kaca tidak boleh dibekukan sebab ia akan retak). Kelemahan beg plastik ialah ia mudah terkoyak dan ini hanya akan disedari setelah susu mencair. Ia juga mudah terbalik semasa sedang dicairkan! Labelkan dan letakkan tarikh pada botol dan beg, dan gunakan mengikut tarikh terawal dahulu. Pastikan ada ruang pada botol atau beg untuk pengembangan susu semasa pembekuan.

• Simpan susu yang baru dipam (dilabelkan dengan nama anda) dalam peti sejuk pejabat atau bekas pendingin semasa di tempat kerja. Bawa ia pulang dalam bekas pendingin yang berisi pek ais jika perjalanan anda melebihi 30 minit – susu yang baru dipam adalah OK pada suhu bilik iaitu 25 darjah Centigrade atau lebih rendah untuk sehingga empat jam. Jika anda memandu, halakan alat penghawa dingin pada susu sepanjang perjalanan ke rumah anda.

• Jika anda menyejukkan atau mendinginkan susu yang dipam, anda boleh menambahkannya ke dalam botol yang sudah mengandungi susu beku.

• Jika anda menyejukkan susu yang anda pam pada hari Isnin, penjaga anda boleh memberikannya kepada bayi anda pada hari Selasa dan seterusnya.

• Cairkan susu yang beku dengan memegang botol atau beg di bawah aliran air suam atau letakkan di dalam mangkuk yang berisi air suam. Jangan guna ketuhar gelombang mikro atau dapur: suhu tinggi akan memusnahkan sesetengah nutrien. Susu akan berpisah dari patinya, jadi anda perlu menggoncangkannya sedikit semasa menghangatkan atau sebelum memberikannya kepada bayi anda.


Ehsan Baby Centre

Friday, October 12, 2012

MELODY KU






Sekarang semua make-up kit kena letak tempat yang tinggi n bila mau bemake-up pun kena sembunyi-sembunyi kalau tidak akan mengadapla dia di depan minta kena bagi lipstik n bagi bedak muka dia. Oh melody jangan dulu mau cepat-cepat besar, mummy belum puas mau gomol-gomol n cium bau masam melody tu T_T aiiiiii budak nowadays cepat betul membesar n cepat pick up








MACAM MANA MAHU BANYAKKAN SUSU BADAN????



Lebih kerap anda mengeluarkan susu, akan lebih banyak susu yang dihasilkan, tetapi menyusukan dengan lebih kerap (selagi susu masih mengalir) adalah lebih efektif daripada menyusukan dalam masa yang lebih panjang. Apabila anda berjauhan dengan bayi anda, dan perlu mengepamkan susu keluar, cuba relaks ketika itu dan fikirkanlah bayi anda, dan jika perlu, bawa gambarnya bersama atau barang kepunyaannya seperti baju atau selimut. Ini membantu merangsang refleks yang menenangkan, yang terhenti buat sementara jika anda tertekan atau letih. 

Menggunakan pam secara berganda mengambil masa yang lebih singkat. Juga, menyusukan bayi di sebelah buah dada sambil mengepam buah dada yang lagi satu juga akan mempercepatkan proses. Meletakkan flanel hangat pada buah dada anda atau mandi air panas sebelum mengepam akan membantu meningkatkan bekalan darah ke kawasan tersebut dan ia akan memudahkan lagi proses pengaliran. Walaupun ramai ibu mendapati pam buah dada mudah dan sesuai digunakan, tidak semua buah dada wanita akan bertindak balas dengan baik kepada pam buah dada – sesetengah daripadanya akan mendapati bahawa mengeluarkan susu menggunakan tangan adalah lebih efektif. 

Jika anda merancang untuk kembali bekerja, anda akan merasa kurang tertekan jika anda sudah mula mengepam beberapa minggu lebih awal. Ini bukan hanya memberikan masa untuk anda berasa yakin dengan keupayaan anda untuk mengeluarkan susu, tetapi anda juga akan mempunyai bekalan susu beku untuk kegunaan di masa hadapan. (Baca dengan lebih lanjut mengenai bagaimana untuk menyimpan susu badan dengan selamat.

Mengeluarkan susu selalunya menjadi lebih produktif dengan latihan, jadi jangan risau jika anda hanya mengeluarkan sedikit susu pada awalnya. Waktu terbaik untuk mengeluarkan susu berbeza bagi setiap wanita tetapi buah dada anda selalunya berasa lebih penuh pada waktu pagi. Pilih masa yang mana anda tidak tergesa-gesa dan tidak akan diganggu. 

Ehsan Baby Centre





Wednesday, October 10, 2012

BUKAN SEPERTI YANG ANDA FIKIR





Bukan seperti yang anda fikir
Bagi ruang saya buat sendiri
Saya buat so saya tahula
Jangan argue or pertikaikan urusan saya
Itu akan buat saya fikir anda cuba untuk jatuhkan saya
Dan buat saya lagi membara untuk mara




APA YANG PATUT SAYA MAKAN???


Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui? 

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra kehamilan secara perlahan.

Kajian terbaru mencadangkan bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari sudah cukup untuk wanita yang menyusui semasa tiga bulan pertama. 

Apa yang perlu saya makan? 

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu. 

Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda 

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda. 

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum 

Dalam sesetengah budaya, seorang ibu yang baru melahirkan anak selalunya digalakkan untuk makan makanan istimewa yang dianggap lebih berkhasiat. Dalam keluarga Cina yang lebih tradisional, sup akan ditambah dengan brandi atau wain Cina dengan jumlah halia dan minyak bijan yang banyak. Dalam komuniti yang lain, biji lada, herba dan rempah tradisional diambil untuk "memanaskan" badan. Semua ini, jika diambil berlebihan, akan sampai ke bayi anda melalui susu badan anda. Sila beringat bahawa bahan seperti kafeinalkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan.

Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolikyang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels. 

Dapatkan zat besi yang banyak 

Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. Ramai wanita telah menggurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat. Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai. 

Bagaimana dengan diet semasa menyusui? 

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda. 


Ehsan Baby Centre

Tuesday, October 9, 2012

BABY USIA LIMA HARI MNYUSU SETIAP DUA JAM, OK KA TU???

Dalam satu perkataan, ya. Adalah baik menyusukan bayi anda pada bila-bila masa dia ternampak memahukannya, dan seberapa lama dia mahu. Ini diberi nama penyusuan berpandukan bayi. 

Penyusuan berpandukan bayi agak munasabah, sebab hanya bayi anda yang tahu bila dia lapar atau haus, dan berapa banyak susu dia memerlukan pada satu-satu masa. 

Selepas minggu pertama kehidupan, kebanyakan bayi muda menyusu enam hingga lapan kali sehari, tetapi selalunya penyusuan ini berlainan jaraknya. 

Anda mungkin merasakan yang bayi anda menyusu setiap dua jam, tetapi realitinya, mungkin kurang kerap dari itu. 

Mungkin terdapat jarak dua jam antara penamat satu penyusuan dan permulaan penyusuan yang lain? Mungkin bayi anda menyusu lebih kerap di waktu malam, tetapi memanjangkan jarak penyusuannya di waktu siang? 

Jika bayi anda menyusu di waktu malam, anda akan terasa seakan-akan tiada masa dia tidak melekap di payudara anda. Pada lima minggu, bayi anda tidak memahami perbezaan antara malam dan siang. Tetapi setelah minggu-minggu berlalu, dia sepatutnya sudah mula mempelajari satu pola tidur dan anda sudah boleh mendapat lebih rehat di waktu malam. 

Jika anda mendapati penyusuan malam amat meletihkan, cuba tip-tip ini: 

• Letakkan kot bayi anda di sebelah katil anda, supaya anda tak perlu tinggalkan katil untuk menyusunya. 

• Cuba memerah susu di waktu siang, dan minta suami anda memberi susu yang diperah itu pada waktu malam.Elok juga diperhatikan cara bayi anda melekap. Jika dia mendapati sukar untuk melekap dengan baik, dan sebab itu tak dapat menyusu dengan mendalam dan selesa, dia mungkin merasa tidak puas selepas penyusuan. 

Susu akhir kaya lemak datang di penghujung penyusuan. Jika bayi anda tidak mendapat susu akhir ini, dia akan perlu menyusu lebih kerap untuk mendapat kalori yang diperlukan dari susu awal yang rendah lemak. 

Anda boleh meminta kaunselor penyusuan ibu atau pakar penyusuan bayi untuk memerhati semasa anda menyusukan dia. Jika anda mengalami puting pedih, walaupun ini tidak kerap berlaku, ini mungkin bermakna bayi anda tidak melekap dengan baik. 

Satu lagi cara untuk memastikan bayi anda mendapat susu akhir ialah dengan membiarkan dia menghabiskan payudara pertama sebelum memberikan dia yang satu lagi. 

Tapi, ingatlah bahawa bayi anda mungkin akan memilih untuk menyusu pendek bukan saja menyusu panjang. Ada masanya dia lebih suka makanan ringan bukan hidangan tiga peringkat! Dan jika cuaca panas, dia mungkin mahu menghilangkan haus dengan lebih kerap. 

Dapatkan maklumat tentang bagaimana hendak menentukan bayi anda sudah habis menyusu


Ehsan Baby Centre.




BERAPA KALI BABY SAYA KENA MENYUSU NI???

Sama seperti kita, bayi mempunyai selera yang berlainan. Jumlah susu bayi yang diperlukan oleh bayi buat hari-hari pertama sebenarnya bergantung pada dia. Anda akan perhatikan bahawa walaupun bayi anda hanya mengambil sedikit susu pada hari-hari pertama, ini akan bertambah dengan perlahan dari hari ke hari. 

Anda boleh mendapat idea kasar banyak mana yang diperlukan bayi dari jadual ini, yang menggunakan angka purata: 

Usia bayi anda
Jumlah susu setiap penyusuan
Hari 1 (0 ke 24 jam)
7ml (lebih sedikit dari sesudu kecil)
Hari 2 (24 ke 48 jam)
14ml (kurang sedikit dari 3 sudu kecil)
Hari 3 (48 ke 72 jam)
38ml (1.3auns bendalir)
Hari 4 (72 ke 96 jam)
58ml (2auns bendalir)
Hari 5 (96 ke 120 jam)
68ml (2.3auns bendalir)


Bayi yang mengambil susu ibu tidak memerlukan banyak susu di setiap penyusuan. Bayi yang menyusu formula akan mengambil jumlah yang lebih banyak daripada bayi yang disusukan ibu. Bayi yang diberi formula tidak dapat mengawal pengambilan susu mereka dengan cara bayi menyusu badan boleh. 

Sudah tentu, jika anda menyusu badan berapa banyak susu yang diperolehi oleh bayi anda tidak akan dapat diketahui. Tanda-tanda yang anak anda menyusu dengan sempurna ialah: 

• Anda merasa tetek anda menjadi semakin lembut semasa penyusuan. 

• Anda mendengar dia menelan perlahan. 

• Dia menanggalkan diri dari payudara anda dengan sendiri. 

• Dia kelihatan tenang selepas menyusu. 

• Najisnya berwarna kekuningan dan dia membasahkan lampin dalam jarak beberapa jam. 

Bayi baru lahir anda mungkin menurun berat badan sedikit selepas kelahiran. Ini semua adalah normal. Dia akan mula menambahkan berat badannya menjelang usia lima hari. 

Namun, sebagai panduan, anda boleh menjangkakan penyusuan kolostrum akan mengambil masa 40 minit atau lebih. Sebaik saja susu anda mula mengalir, bayi anda akan menyusu antara lima dan 30 minit di satu payudara. Biarkan dia menghabiskan payudara pertama sebelum memberikan yang kedua. 

Jangan bimbang jika bayi anda tidak menghabiskan banyak masa menyusu . Setengah bayi boleh mendapat kesemua susu yang diperlukannya dalam beberapa minit saja, yang lain mengambil masa yang lebih. Asalkan bayi anda melekap dengan betul, dia akan mendapat susu akhir yang kaya lemak di penghujung setiap penyusuan. 

Ehsan Bay Centre.


2 DALAM 1



    6hb Oktober lepas tu buat majlis sikit tuk celebrate bday melody n begunting [iyaaaaaaaaa aku tau sudah sangat lewat tuk gunting-gunting rambut ni] di Rumah Anak-anak yatim As- Sakinah Lok Kawi. Alhamdulillah niat kitaorang laki bini tercapai tuk buat majlis di rumah anak yatim tu. InsyAllah majlis tu bukan yang pertama tau yang terakhir buat di sana, harap-harap sepanjang hayat dapat kongsi kegembiraan dengan dorang di sana, Amin.

    Rambut anak aku sudah rontok disana sini, kesiannnnn melody, da la dia ni pesen yang rambut sikit sekali rambut sudah rontok sangat ketarala kn. babahnya n atuknya bertegas nda mau bagi botak lagi melody sooo i ikut ajeee, kalau ikutkan lolanya memang mau bagi botak ja kepala c melody tu.

    Bab hidangan pula kami cater, masak sendiri n mak mertua bagi. 

CATER
nasi putih
daging masak kicap
sambal terung
ikan [aku nda tau ikan tu masak apa]
air jambu [i gez]
teh
buah-buahan

MASAK SENDIRI
nasi briyani
ayam masak merah
acar

MAK MERTUA BAGI
satay
kuah kacang [mestila ba kasi knnnn ayooo]
nasi impit


    Then tuk candy buffet tu of coz all the candy's beli, kek ORDER okeyyyy [huh, ingat ada adik yang pandai buat kek ni mau buatkn, but nda menyesal order kek tu sebab sangat sedappppppppp masih terasa isi yam dekat kek tu], homemade cookies n mango puding [ni je la yang adik aku kuasa mau buat sebab senang kan].

    Most of the thing's yang ada atas meja tu semua handmade, kuasa kuda telah meresap ke dalam jiwa ku, kad wishes tu, photo booth punya aksesori tu [konon] n door gift tu semua handmade, puas ati aku, dapat save budjet sikit-sikit n 8cually memang ada niat mau venture bisnis ni dekat kk, sebab benda-benda gini such as candy buffet n photo booth ni dekat kk masih baru lagi.

    Adalah sempat amik pic tyme majlis tu tapi part amik pic makanan pla xterambil [tuan rumah sangat sibuk]. Banyak pengajaran aku dapat masa berlansungnya majlis ni soo next majlis, insyAllah sudah tau apa yang patut n nda patut buat. Nda mau banyak cincong jom scroll down.


orang sibuk berzanji bagai dia pun sibuk mau begayut @_@


jangan betulkan ke"Bright"an screen anda, muka aku memang beminyak


 bayangkan angkat beras lebih 10kilo tuk masa yang panjang @_@


 sesi merontokkan rambut melody


geng marhaban rumah anak yatim As-Sakinah


 handmade door gift n kad wishes


 candy buffet hasil tangan my sister





 melody with cuzzie belah laki aku


 semakin hari semakin seperti aku budak ni, syukurrrla nak


 one of the child yang tinggal di rumah anak yatim tu


n gambar seterusnya adalah my jemputan


























    Semoga melody menjadi anak yang solehah, anak yang pintar, anak yang beriman dan anak yang taat dan setia kepada ibu bapa, Amin. Ya Allah lindungila anakku, panjangkanla umur anakku dan murahkanla rezekinya, Amin ya Rabbal Al-Amin.



Monday, October 8, 2012

KEJAMNYA!!!!



     I've been sooooooooooooooo cruel to myself

DULU














NOW





*





*





*





*





*





*





*





*





*





*





*





*






*





*







KEJAMNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA




KE LAUT



  



  Mood keja arini adalah ke laut sikit, aku biarkan dulu mood terumbang ambing d lautan gelora tu sementara aku cari aura yang tengah hilang. Lots of cerita mau cerita di sini, lots of hepi story and 1 kind of temper punya story [hope i still have the energy to tell the story yg bad tu].




Friday, October 5, 2012

TEMPORARY ONLY MUMMY



    Nanti bila scroll p bawah cuba perati muka  melody pakai cucut tu, muka macam marah ja kan, mata bukan men tajam tenung terus p lensa kamera. Aku rasa memang dia marah sebab tempoh dia pakai cucut tu aku rasa adalah dalan 2-3 bulan ja betahan, lepas tu dia xmo langsung pakai cucut. Sooooooooo start dia nda mau pakai cucut tu sampai sekarang mau bagi dia diam n bagi dia tido adalah azab sekali, cucut kegemaran dia dari dulu hingga kini tentula puting aku @_@ so bila malam dia memang konpom akan begayut dengan aku, bukan dengan tujuan untuk menyusu tapi saja-saja mau cari port tuk tenangkan jiwa sebelum tido. Sama juga kalau dalam keta, masuk keta belum sampai 5minit dia sudah adjust sendiri kedudukan dia tuk menyusu dengan aku, kadang-kadang aku stress n selalunya husband n family aku yang stress sebab bila mau dukung or mau main dengan dia, dia xmau sebab dia lagi prefer mau begayut dengan aku @_@ sampaikan pacik macik dia cakap "putungla puting mummy ko tu bikin cucut ko, gantung d leher" T_T













    Nahhhh betul nda apa aku cakap tu, menusukkan pandangan mata dia tu, takut mummy nak.


 

WAJAH YANG BUAT HATI AKU JADI CAIR










KALER TAIK BABY MENYUSU BADAN KALER APA?



    Ok isu taik ni memang kena ALERT sebenarnya, aku masa c melody mula-mula berak tu aku heran kenapa taik dia kaler macam hijau-hijau n kadang-kadang macam kaler lumpur pun ada juga, ba firstyme mom kn, bila tengok kaler taik anak tu macam tu aku rasa cuak, terus kol kawan Puan Nadia, tanya taik kaler apa yang di kategorikan sebagai taik yang normal, dia cakap kalau taik baby hijau tu ok juga n bila taik kaler kuning tu memang normal la, so aku tarik nafas lega. Terus terfikir, bila jadi mom-mom ni taik anak pun boleh bikin stress n jadi pikiran, huh ingat senang ka jadi mom-mom ni.


    So dibawah ni ada beberapa info yang boleh kita semat dalam hati n minda tuk upcoming kids @_@


*           *          *         *        *        *         *         *         *         *        *         *       *       *        *       *      *      *      *      


Ini bergantung kepada umur bayi anda. Di hari-hari pertama dalam usia bayi anda, najisnya berwarna antara hijau gelap ke hitam. Najis kehitaman ini ialah mekonium. Mekonium terdiri daripada bahan-bahan yang telah terkumpul dalam usus bayi anda semasa anda hamil dengannya. 

Kolostrum, iaitu susu kaya yang dikeluarkan pada hari-hari awal, membantu bayi anda mengeluarkan mekonium dari dalam badannya. Kolostrum bertindak sebagai laksatif. Lagi cepat dan lagi kerap anda menyusukan, lagi cepat mekonium akan keluar dari sistemnya. 

Himpunan mekonium boleh menyebabkan jaundis. Oleh itu, elok jika anda menyusukanlah bayi anda sekerap mungkin pada hari pertama dan mungkin kedua. Bayi lazimnya sangat mengantuk. Tidak menjadi masalah jika dibangunkan dia perlahan-lahan dan meletakkan dia ke tetek anda. Dengan cara ini anda memastikan bayi mendapat banyak kolostrum untuk membantu menggerakkan saluran penghadamannya untuk mula berfungsi. 

Apabila fasa kolostrum ini berakhir, susu anda mula mengalir. Najis bayi akan bertukar warna menjadi kuning-hijau. Najis sekarang kurang melekit dan lebih mudah untuk ditanggalkan dari kulitnya. Apabila susu anda mengalir dengan lebih banyak, najis bayi akan berubah daripada kuning-hijau kepada kuning atau perang coklat. 

Najis hijau yang berair adalah tanda bahawa bayi anda lebih banyak mengambil susu awal daripada susu akhir. Susu awal lebih cair dan mudah menghilangkan kehausan. Susu akhir lebih bernutrisi dan lebih tinggi kalori. 

Jika bayi anda kelihatan lapar dan selalu meminta hendak menyusu, pastikan yang dia melekap dengan baik. Biarkan dia menghisap satu payudara seberapa lama yang dia mahu. Cara ini memastikan dia mendapat lebih banyak susu akhir dan ini akan mengenyangkan dia dan dia boleh bertahan lebih lama. 

Najis berair mungkin bermakna yang bayi anda dijangkiti virus perut. Atau bayi anda sensitif kepada salah satu makanan yang anda makan atau sesuatu ubat yang diambil. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pediatrik sebelum menghentikan sesuatu makanan atau menukar ubat. 

Ehsan Baby Centre