Wednesday, October 6, 2010

Z.A.I.D.I

Nama dia pendek gila, saya selalu tanya diri saya kenapa saya gemar dengan manusia bernama seperti tersebut di atas?, kenapa saya sayang gila dengan dia? kenapa saya cinta dengan dia?, kenapa saya selalu rindu dengan dia?, kenapa saya boleh ketawa dengan lawak dia yang kekadang tiada siapa yang faham d mana lucunya, kenapa saya boleh bersabar dengan dia? kenapa saya sentiasa melihat dia adalah terbaik untuk saya? kenapa setiap kali saya nampak atau terserempak dengan lelaki yang nsem saya trus ingat dia [kadang-kadang rasa macam 'alaaaa potong stimnya, napa muka dia tiba-tiba mnjelma ni?'] kenapa selalu mahu dekat dengan dia? kenapa saya beminat sangat nak tahu ceta masa dia kecik2?, kenapa saya sentiasa mahu buat yang terbaik untuk dia?, kenapa setiap kali dia berjaya buat saya menangis?, kenapa setiap kali dengar lagu Reflection of a Sound saya mesti teringat dia n rasa macam baru pertama kali kawan dengan dia? dan yang paling penting kenapa saya boleh bertahan dengan dia????

adakah mungkin......

a) kerana dia lain daripada yang lain [kenapa ko takut mau cakap yang dia tu lain daripada Ex2 ko sebelum ni?] dia nampak cool dengan seluar koyak2 dia [sila bayangkan muka terkejut saya jumpa dia buat pertama kali dia memakai seluar yang koyak n grunge gila berserta rambut yang panjang dan helmet d tangan] tapi saat itu saya rasa dia macho, ketika dia berjalan kearah saya, saya rasa dia seperti askar yang baru balik dari berperang [bayangkan ceta askar2 yang baru balik dr berperang seperti Pearl Harbour, terima kasih].

 zaman2 keGrungeannya

b) kerana dia pandai bermain musik, dia seorang pemain drum yang tegar dan mempunyai band yang d nama kn ......[saya tidak mahu dia gilamer dalam erti kata lain saya tidak mahu gadis2 muda pegi search band ini d youtube dan mula jatuh cinta dengan dia-shella lu da boleh kena terajang saat ini!]


 musik itu darahnya [huh, hiperbola sungguh!]

c) kerana dia nampak kasar d permukaan tapi lembut d dalam, awwww saya rasa dia sudah seperti sejenis makanan hahaha tapi secara seriusnya saya katakan dia nampak ganas tapi hati dia lembut, dia penyayang bukan saja dengan saya tapi dengan semua orang, besar kecik, tua muda, manusia binatang, suma dia sayang dia sensitip dan yang paling penting dia hormat orang tua, serius saya cakap dia memang hormat orang tua.

 kadang2 saya teringin nak jadi seperti kucing itu, bila saya mohon untuk d dukung dia buat muka orang tekirit-benci!!!

d) kerana dia handyman, dia terer baiki skuter, kawan2 selalu cari dia bila skuter mereka rosak, saya bangga dengan dia tapi dalam masa yang sama saya geram dengan dia bila sampai bab ini kerana bila dia da menghadap skuter2 tersebut saya akan rasa terabai [kata aje ko memang di abaikan hahaha]


skuter itu dunianya

e) kerana dia lucu, ini sangat benar dia memang sangat lucu

f) kerana dia romantik, saya masih ingat masa kami celebrate first anniverseri kami, dia bawa saya ke bukit yang paling tinggi dan tgk pemandangan yang indah ketika sunset [saya cuba menggunakan ayat2 yang puitis d sini tetapi gagal]

ermmmmmmmmmmmmm banyak yang saya nak kongsi tentang dia tapi tiba2 saya kehilangan idea dan kata2. sebenarnya saya buat entry ni sebab saya sangat rindu dia, kol dia?? no-no-no saya sedang merajuk dengan dia, jadi biarla saya keras merindui dia, lagi pun mungkin sekarang dia sedang bergembira bersama2 teman2nya..sigh [saya saja menambahkan kesedihan di hati dan buat diri rasa tersangatla terabai dan tidak d care]...... T__T

dia da potong rambut [rindunya dia bila tgk pic ni arghhhhhhhh]

No comments:

Post a Comment