Thursday, October 7, 2010

INI YANG SAYA MAHU KATAKAN PADAMU KETIKA ITU........

Saya mau anda tahu saya sayang sangat dengan anda, kasih sayang saya untuk anda tidak pernah berbelah bagi, saya selalu fikir yang saya ini adalah jelmaan anda, ada sifat, perangai dan sikap anda yang saya warisi tanpa saya sedari, saya tahu dulu anda garang tapi saya juga tahu anda bukannya garang benar2 anda cuma garang tipu2 sebab kami nakal, anda selalu kata mau pukul kami tapi sumpah anda tidak pernah walau sedikit pun menyentuh kulit kami dan tidak pernah walau sekali pun anda menyakiti kami, saya ingin katakan bahawa saya sangat berterima kasih dengan anda kerana anda tidak pernah menidakkan keinginan saya dan adik-adik saya yang lain, apa saja yang ingin saya makan anda akan sediakan tanpa rungutan, anda tahu makanan kegemaran saya, anda sentiasa ingat untuk menumbuk cili kering untuk saya walaupun saya berada jauh d kk, selalu rajin untuk memasak nasi bersama jagung walaupun anda tahu ahli keluarga anda yang lain tidak suka makan nasi macam tu, anda selalu back up saya bila E'na marah saya dan saya selalu lari ke rumah anda bila saya merajuk sebab kena marah oleh E'na, anda adalah pencipta kuih kegemaran kami 4beradik......[sekejap saya mahu berhenti menaip, saya sedih] saya tidak ingat kalau kami ada katakan pada anda bahawa kami sayang anda ketika anda masih ada di sini. saya juga tidak ingat kalau kami ada meminta maaf setiap kali kami menyakiti hati anda. Anda sangat tabah dan kuat, saya sangat akui pernyataan ini, saya belum pernah tengok orang setabah anda, walau susah anda masih boleh tersenyum dan anda masih boleh membuat kami berasa bahagia. saya sedar anda jarang membuat lawak tapi saya tahu anda kadang2 seorang yang lucu juga, anda yang selalu buat saya rasa yakin dengan diri saya, anda selalu buat saya rasa cantik, anda selalu sedia dan setia untuk mendandan saya. walaupun sepanjang saya bersama anda dari kecik sehingga dewasa, anda jarang bercerita, anda lebih banyak mendengar daripada bercerita, saya cuma hanya akan mendengar anda bercakap bila anda ingin meluahkan sesuatu kepada saya tetapi itupun jarang sekali [anda lagi suka simpan sendirikan, sebab anda tidak mahu susahkan kami kan]. Anda tahu, saya rindu anda sangat-sangat, rindu mendengar anda melatah ihhihihi, rindu mahu melihat ahli keluarga perempuan tua yang tinggi diantara yang lain, saya rindu mahu melihat anda meyikat rambut anda yang panjang dan masih hitam tu, saya rindu mahu melihat anda memakai baju kurung kedah [sekarang E'na pun jarang da pakai baju kurung kedah ni tau], saya rindu untuk menyentuh kulit sawo matang anda, saya sangat rindu untuk mencium tangan anda, saya sangat rindu anda, sangat rindu dan marah sebab saya sedar walaupun saya rindu anda saya tidak dapat berjumpa dengan anda, memikirkan anda saja sekarang ini membuatkan airmata saya menitik, saya benci bila saya tidak boleh menyentuh anda lagi, tidak boleh menghidu bau anda lagi dan tidak dapat menyatakan kepada anda bahawa saya sayang anda. anda tahu, saya selalu perasan yang anda sayang saya lebih daripada anda sayang cucu2 anda yang lain hihihihihi sebab anda tidak pernah marah saya, walaupun sekali. anda jangan marah dan kecik ati ya, bila saya panggil anda-ANDA, saya tidak boleh menahan airmata ni kalau saya panggil nama anda seperti saya biasa memanggil anda. Saya akan sentiasa doakan kebahagiaan anda di sana, saya minta maaf saya tidak dapat balik selalu ke tempat anda untuk menjenguk anda tapi nanti bila saya ada masa saya akan pergi ke tempat anda k. Saya sayang anda, kenangan, nasihat n ajaran yang anda ajar saya, tidak akan saya lupakan. Anda mesti sentiasa ingat ya, kami di sini - saya, ain, kamil n mameng sangat sayangkan anda, kami rasa kehilangan anda [tiada sudah pembuat kuih kegemaran kami].

 wajah anda tetap menten kan :)

kita suka ambil gambar macam ni dulu kan, bila ada duit lebih kita mesti ambik gambar d studio dan biasanya kita ambik gambar gini bila kami cuti sekolah kan, tengok E'na masih muda, pakai celak lagi hihihi. anda memang tinggi d antara nenek dan datuk yang lain kan :)

Semoga anda bersemadi dengan tenang d sana. Awam.....mimi sayang awam, mimi rindu awam, mimi tiada kawan sudah mau makan anak ikan basung goreng dengan cili tumbuk buatan awam tu ;(

No comments:

Post a Comment