Thursday, October 28, 2010

MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU.....

DI SAAT ANDA BERANGAN, OTAK BEKERJA LEBIH AKTIF DALAM MERENUNG MASALAH YANG SEDANG DI ALAMI SEHINGGA OTAK DAPAT MEMBANTU MENYELESAIKAN SUATU MASALAH YANG KOMPLEKS. [tp ging jgn pla telampau berangan sampai suma keja dak siap ahh, itu memang tempah tiket mau kena pelempang]
AIR LIUR MANUSIA DIKATAKAN SANGAT MUJARAB UNTUK MENGUBATI LUKA PADA KULIT ATAU TERBAKAR [oohhhoho baru kini saya tau kenapa nenek jilat tangan bila tekena kuali panas]


KOD TELEFON UNTUK NEGARA RUSIA IALAH 007


















 KEBANYAKAN DEBU YANG BERTERBANGAN DI DALAM RUMAH KITA ADALAH SEL-SEL KULIT KITA YANG MATI [mcmana rupa sel kulit mati saya dak dapat tunjuk, cari dalam google ada, tapi ewwwwwww]

 ANGKASAWAN NEIL ARMSTRONG MULA MENJEJAKKAN KAKI DI BULAN DENGAN KAKI KIRI [sapa la yg penyibuk gila sampai tau kaki mana c neil ni jejak dulu]

















 NEGARA NEPAL SATU-SATUNYA NEGARA YANG MEMPUNYAI BENDERA YANG BUKAN BERBENTUK EMPAT SEGI [serius saya baru tahu fact ni]

 KANDUNGAN EMAS DI LAUT ADALAH 200 KALI GANDA LEBIH BANYAK BERBANDING DI DARATAN [pas ni sapa yg mata duitan n yg nak sgt kaya cepat tu, p la menyelam, jgn dak timbul lg sdh k]










 MASYARAKAT MESIR PURBA AKAN MENCUKUR BULU KENING MEREKA SEBAGAI TANDA BERKABUNG SETIAP KALI KUCING KESAYANGAN MEREKA DI TEMUI MATI [saya sure gila, mana2 pompuan mesir zaman ni menyumpah seranah dak ingat dunia dgn kucing dorg]


 TERDAPAT BANYAK SPESIS LABAH-LABAH YANG SANGGUP MENGORBANKAN TANGAN N KAKI UNTUK D MAKAN ANAK2NYA YANG BARU MENETAS, INI BAGI MENGELAKKAN ANAK2NYA ITU DARIPADA MEMAKAN SESAMA SNDRI [kita ni manusia lain pla halnya, sanggup mengorbankan anak untuk kepentingan sendiri, saya rasa sumtyms manusia ni kena blajar dari haiwan la - DONIA DA TEBALIK MANUISA YG BEROTAK KENA BLAJAR DGN BINATANG YG TEDA OTAK!]



 BERGANTUNG KEPADA SAIZ, OTOT PALING KUAT PADA TUBUH MANUSIA IALAH LIDAH [ermmmmmmm :8p]


 DENGAN HANYA MENGGUNAKAN SABUN BUKU MANDI IA LEBIH MUDAH MENANGGALKAN KESAN DAKWAT PEN YG TERPALIT PADA PAKAIAN ANDA [nahh mana2 anak yg bila balik sekolah ja baju penuh dengan dakwat pen, bgtau mama kamu, suruh cuci pki sabun buku atau lg bgus kamu sndri cuci, eeeee sdh besar pun mama g yg cucikn baju, hish-hish-hish]













 PEN BERDAKWAT DIPERKENALKAN PADA TAHUN 1884 OLEH LEWIS E.WATERMAN, SEORANG AGEN INSURANS [pengajarannya??? learn to Xplore, jgn buat bnda yg sama selama2nya]


 SIPUT BOLEH TIDUR SELAMA TIGA TAHUN [patutla nenek saya cakap org yg banyak tido ni lembab, rupa2nya terbukti oleh sang siput hohohohohoho]











 KITA AKANMENJERIT SERTA MERTA APABILA TERKENA BENDA PANAS ATAU LUKA KERANA SARAF YANG MEMBAWA MAKLUMAT RASA SAKIT KEPADA OTAK BERGERAK PADA KADAR KELAJUAN 120 METER SESAAT [di ulangi SESAAT!!!, fuyoooo]


SEEKOR AYAM AKAN MENGHASILKAN TELUR YANG LEBIH BESAR JIKA BERTELUR PADA HARI SIANG [saya balik kampung ja nanti, akan saya pastikan semua ayam betina nenek saya bertelur waktu siang n saya akan letak sign board dlm reban tu ANDA DILARANG BERTELUR MALAM, KECUALI YG BERKENAAN SAHAJA hahahahaha]




 PADA TAHUN 1830, SOS TOMATO DIGUNAKAN SEBAGAI UBATAN DAN BUKANNYA PERASA TAMBAHAN PADA MAKANAN [ hah ni kira nasibla bahan ubatan yg tidak menyebabkan ketagihan, kalau dak mesti ramaila juga yg jadi PENAGIH SOS TOMATO - SAMPAH KEBUN T_T]

 AIR YANG D MASAK AKAN CEPAT MENDIDIH JIKA DI MASUKAN GULA KEDALAMNYA [tapi saya tidak tahu berapa jumlah gula yg perlu d letak d dalam, ermm sori info tergantung]







 SEBUTIR [ohh rupanya perkataan butir khas tuk 1 kismis, ptutla BM kantoi, slama ni guna pkataan sebiji] KISMIS YG D JATUHKAN KEDALAM GELAS BERISI HAMPAS, SEGARNYA AKAN BERGERAK NAIK TURUN DALAM GELAS [masih belum terbayang sampai sekarang, mgkin kawan2 yg belajar sains fizik atau ilmu makanan boleh jelaskan - adaka subjek ilmu makanan?? ikut sukati ko ja kn shella, ayoooo]

DIANGGARKAN BERJUTA-JUTA POKOK D DUNIA DITANAM SECARA TIDAK SENGAJA OLEH TUPAI YANG MNEYEMBUNYIKAN BIJI BENIH KACANG DAN KEMUDIAN TERLUPA TEMPAT MEREKA MENANAMNYA [kang kalau ada duit lebih saya belikan tupai2 ni GPRS senang sikit nak cari balik biji2 yg dorang tanam tu]

(gambar menunjukkan tupai yang bengang sampai jd HULK sebab asyik2 lupa d mana dia tanam biji benih tu, siannnnn)

Wednesday, October 27, 2010

GUNUNG KINABALU LAMBANG CINTA YANG DI LUPAKAN???


Ikon ini yg buat hati saya sentiasa gundah untuk balik ke Sabah

Hampir 2tahun saya berkhidmat di Semenanjung, setiap hari juga hati saya gundah gulana, merindui si dia yang jauh di sana [sila jgn buat andaian saya rindu balak saya ya *_*] setiap pagi bila on the way pegi pejabat mata saya mesti tercari2 bayangan Gunung Kinabalu, ayoooooo mana mungkin nampak gunung d KL, KLCC adalah. harus saya akui saya pencinta alam yg pura2 dak kisah tentang alam [dak mau kecoh2 sbb kadang2 saya sndri pandai buang sampah tanpa sedar-konon] . setiap pagi bila pegi sekolah saya mesti tengok gunung, mesti cari gunung barula hati saya senang [serius dak tipu :8p] okey hampir jauh melalut, shella sila pay attention to tujuan post entry ni. okeh2, saya nak share tentang cerita Gunung Kinabalu yg mgkin ramai yg masih tidak tahu bahawa dia ialah lambang cinta dua insan yang terpisah oleh Laut China Selatan. semua maklum gunung ni paling tinggi d ASIA dan puncaknya menghadap ke arah laut china selatan [kalau ada yg ragu2, sila buka buku geografi skolah menengah- tp kalau kenyataan saya salah, sila maklumkan ye, terima kasih]. dulu masa dkat skolah menengah cikgu bagitau yang gunung kinabalu ni ialah gunung berapi yg tidak aktif tapi untuk aktif semula mgkin ada chance [alahaiiiii minta2 janganla, nauzubillaminzalik] terdapat banyak spesis tumbuh-tumbuhan liar, binatang serta serangga yg masih belum d ketahui oleh orang luar [saya sure orang "dalam" msti da tau punyala].....ermmmmm tgkla dulu pic2 d bawah ni yee [stuck idea]

 UHHHHHHH

 AHHHHHHHH

 WAHHHHHHH [kejadian ni REAL bkn di edit, SUBAHANALLAH, indah ciptaanya, dak terungkai dengan kata-kata]

paling chantek tgk view gini tym sunset dlm kapal, indah gila!!! dan selalunya akan dapat 
tgk view cenggini kalau ikut penerbangan dari KK-SANDAKAN or SANDAKAN-KK

ok, better terus kepada pointla ah, macam ni, cerita atau lagenda gunung kinabalu ni ada dua versi, versi pertama menceritakan bahawa gunung kinabalu ni adalah tempat bersemayamnya roh2 org yang telah meninggal dan ini mengikut cerita lagenda daripada suku kaum kadazan-dusun dan mereka menamakan gunung ni sebagai AKI-NABALU. tapi ceta ni bagi saya dak berapa menarik perhatian saya, saya lagi berminat untuk ceritakan versi kedua gunung ni.

kenapa nama gunung ni KINABALU??? n kenapa saya kata gunung ni LAMBANG CINTA ASIA-DUA INSAN BERCINTA TERPISAH OLEH LAUT CHINA SELATAN??? ikuti kisahnya di bawah ni :)

 ni lukisan gunung kinabalu pada tahun 1862


Pada zaman dahulukala ketika handphone masih belum tercipta, remote control yg menyebabkan ramai manusia menjadi malas juga belum tercipta, kes-kes rogol lepas tu bunuh then buang merata-rata belum lagi terfikir oleh manusia tuk dilakukan terdapatla sebuah kapal besar dari China yang membawa seorang putera raja telah karam dihempas badai dan putera raja telah dihanyutkan ke BORNEO, penduduk2 asal atau perkataan lebih saintifiknya ialah natives from the near by village telah menyelamatkan sang putera ni dari terus hanyut dan mungkin menjadi makanan ikan jaws. 

putera tu pun tinggalla dia sna n lama-kelamaan putera diterima oleh penduduk kampung tu dan dia pun followla the rule, the lifestyle n the trend of the kampung n become one of them. of cos bila da lama2 stay dkt kampung tu konpom punya mesti ada seorang dua awek yg dia usha kn, sooo lepas usha punya usha hati beliau pun berkenan dengan dara pingitan dari kampung tu [nama tidak diketahui, anak siapa lagi la tidak di ketahui] dan mereka pun berkahwin n kemudian mereka memiliki seorang anak [gender anak juga tidak diketahui] bila da lama2 stay dekat kampung tu, si putera ni pun jadi homesickla pla dengan tanahair dia yang terbesar d asia tu, hati meronta-ronta ingin balik kerana rindu pada kedua ibu-bapa dia-Maharaja n Maharani negara china [mem n dad dia dak buat pencarian besar-besaran ka tym dia hilang tu?? kata maharaja n maharani] so dia pun mintala kebenaran dari keluarga mentua dia tuk bagi sekejap tuk menjenguk kedua orang tua beliau [aku sure gila mentua dia dak kasih tapi dia mesti mau pegi juga ni] dan sebelum belepas sang putera telah berjanji kepada isteri tercintanya yang dia akan balik dengan segera dan kemudian membawa isteri dan anaknya balik ke china [kalau aku jadi isteri putera ni sure-sure aku melolong dak mau bagi n dak pecaya langsung dia akan balik segera, gila apa, china dengan borneo bukan dekat ohhh, da tu naik g kapal layar yang bergantung sepenuhnya dengan angin, mana boleh segera- tapi d sini kita sudah belajar satu benda, lelaki kalau bab2 memujuk memang HIPERBOLA sungguh!!] sooo setelah berjanji madah, bertangis-tangis dan berpeluk-pelukan sang putera ni pun belayarla balik ke negara asalnya.

setelah sampai ke tanahair sambutan yang dibuat untuk menerima kepulangannya adalah di luar jangkaan beliau [sila bayangkan ada tarian singa-singa, mercun, budak2 akrobatik, pompuan menari guna kipas besar n pancaragam yang bawa gendang n benda logam yg kalau kena pukul dekat telinga sure pekak 5minit. part yg ni aku musykil sikit, macamana org negara dia n parent dia tau yang dia ni nak balik??? ermm mungkin guna khidmat pesanan ringkas melalui burung kali kn]. so setelah berehat n tukar baju yang mewah2 dia pun pegilah jumpa parent dia n berterus terang bagitau yang dia tu da kawin ada anak satu n berhasrat tuk bawa balik isteri n anak dia balik ke china, uiiii saat maharaja dengar luahan hati putera ni dia membantah sekeras-kerasnya [sure hentak meja, muka merah then dialog dia mesti macam ni "jangan sesekali ko bawa orang tu kemari, mereka tidak setaraf dengan kita"-duhhh klise!!] bukan sahaja disebabkan bini n anak dia tu dak setaraf tapi motif sebenar adalah disebabkan maharaja n maharani sudah menjodohkan putera ni dengan puteri negara jiran [suka sangat atur jodoh orang] kerana rasa hormat n sayangkan kedua ibu-bapanya sang putera pun akur dengan permintaan mereka dan beliau pun berkahwinla dengan puteri tu dan terpaksa melupakan isteri n anaknya nun jauh d pulau borneo.

sang isteri yang di tinggalkan pastilah rindu-serindu-rindunya. oleh sebab pelabuhan tu nun jauhhhhhh dari pantai dia pun decide tuk tunggu husband dia d puncak gunung ni n berdiri menghadap laut china selatan dengan harapan dapat melihat kapal suaminya pulang, setiap hari macam tu tanpa henti, tanpa lelah n tanpa rungutan [yaka tanpa rungutan???] bila waktu sudah menginjak senja barula dia turun dari gunung dan balik ke rumah tuk tengok anak dia yang semakin membesar [aiiiiii sebab laki anak d biarkan] lama-kelamaan dia jatuh sakit dan meninggal di puncak gunung tu, Semangat Alam a.k.a Spirit of the Mountain yang selama ni memerhatikan sang isteri yang setia ni sedih melihat sang isteri mati dalam kerinduan dan kagum dengan cinta sejati beliau yang sanggup hari2 naik turun gunung juz becoz nak tunggu laki balik, d pendekkan ceta, semangat alam pun menyumpah atau bahasa sedap sikit turn sang puteri ni menjadi batu yang mana wajahnya menghadap ke laut china selatan agar dia sentiasa masih dapat setia menanti kepulangan suaminya selama-lamanya.  

orang-orang kampung pun terdengarla cerita tentang sang isteri ni dan berasa simpati serta sedih [aku sure bapa pompuan saat ni da tarik lengan baju bawa parang nak p china serang putera tu-sakit ati tuuuu, anak dia mati sia-sia sebab tunggu putera tu balik da tu putera tu tak tepati janji lagi] kebetulan mungkin masa tu gunung tu belum ada nama so orang-orang kampung pun sepakat setelah bermesyuarat dgn ketua kampung n jkk dorang tu menamakan gunung tu sebagai kinabalu. 

why kinabalu?? disebabkan pengaruh bahasa, orang-orang kadazan dusun memanggil CINA sebagai KINA dan balu tu semua faham maksud dia kn. kesimpulannya nama gunung kinabalu tu bererti gunung balu china sebab husband dia orang china.  

sedih dak?? yala saya ceta memangla dak sedih, saja ja saya buat camtu sebab kalau ceta ikut ceta yang betul takut kang saya yang tak berhenti meleleh airmata. kalau ada sesiapa yang berminat untuk lebih mengetahui tentang sejarah GUNUNG KINABALU ni sila-sila datang ke SABAH n kunjungi MUZIUM NEGERI SABAH, uishhhhhh saya biar dak besar gedabak begini masih teruja bila kena bawa jalan2 p muzium, siok ba d sna, ada banyak cerita lagenda n rumah2 setiap suku kaum d sabah ni [ermm maybe in future saya akan post tentang muzium sabah tapi kena saya p sna dlu la take picture kan baru siok post dekat sni]


 biar usia meningkat percutian ke KUNDASANG tempat GUNUNG KINABALU tu tetap jadi pilihan [yala selain menyahut seruan bercuti di negara sendiri]

 gunung kinabalu sombong gila tym ni, kabus tebal dak nampak gunung.


p/s: ada juga terdengar cerita-cerita daripada penduduk asal kampung n orang-orang yang mendaki gunung menceritakan bahawa pada waktu senja atau subuh (ketika matahari menyinsing naik atau turun serta hujan gemrimis) pasti terlihat seorang wanita berdiri di puncak menghadap ke laut china selatan dan mereka mengatakan berkemungkinan itu adalah semangat ataupun roh balu tu. Allahualam......








Tuesday, October 26, 2010

im getting married soon...

hari ni 26.10.2010 n hari nikah 11.12.2010 lagi sebulan n saya masih lagi macam ni blur-blur buat bodo [saya ni normal ke tidak ah???], i dont know why, mau fikir apa yg mau d buat pun masalahnya memang tak ada benda yang saya kena buat pun, pelamin tuk sanding dah, baju sanding da, catering da cuma kad n door gift ja lagi belum setel [but FYI suma tu mem saya yang urus, i juz goyang kaki, elok tak elok perangai??] but then tuk malam berinai tu saya excited sikit, nak juga cuba2 design yang saya da donlod dari Google, i decide nak buat buat sendiri design tu, malas ar nak p kedai minta buatkn, mahal nak mampos!!! setangan rm 25 hengget [sila amik perhatian SETANGAN n bukannya sepasang tangan] kalau sepasang tangan n sepasang kaki da rm100. duit mcm tu punya banyak, saya boleh buat byk benda or bayar banyak benda :) so saya cari macam2 jenis [kalau ikut exam BM ni konpom kena potong markah] design n juz copy ja tp not in ma hand la kn, saya tahu ain mesti SUPER RELA bg tangan dia n kaki dia tuk saya kerjakan [dia mmg suka bab2 kena pugut ni - pugut meaning suka kena cantik2 kn] tapi sebelum tu saya mohon maaf kalau saya donlod pic2 ni tanpa kebenaran, saya mohon maaf, harap d halal kn ye :)

 design ni nmpk mcm susah tp 8cually senang cuma nmpk mcm semak sikit

 hah yg ni mmg design paling senang tp too simple la pla

 yang ni bagi saya sesuai bg kat pengapit saya nanti, bagila dia merasa skit kn :)

 hah design tuk tapak tangan ni macam saya nak consider gak

 tapi ni mmg yg bez cuma saya masi belum khatam bab2 bagi garis2 kecik tu

 ermmmmm....

 yg ni mmg design safe, kalau saya kelam kabut mmg design ni saya pilih

 but i like dis one, simple but nice

 yang ni ok gak tp banyak sangat bintik2 mcm bintang tu sya tengok pening

 hah yg ni mmg dalam list pilihan, nice....

 saya paling suka design cenggini tapi rasanya saya masi terlalu amatur tuk dapat buat sesempurna ini, nice!!!

 ni pun ok gak, but too simple

 seriusly for me, klu saya tgk inai design gini one thing yang trus pop-up dkt kpala saya "org ni ganas" ntah napa itu yg saya fikir :) but still yang ni mmg nice juga, tp design dia mmg kena lebih detail n teratur, cannot be messy, maybe lelaki sesuai design ni [boleh ke lelaki pki inai design2 ni???]

Thursday, October 7, 2010

INI YANG SAYA MAHU KATAKAN PADAMU KETIKA ITU........

Saya mau anda tahu saya sayang sangat dengan anda, kasih sayang saya untuk anda tidak pernah berbelah bagi, saya selalu fikir yang saya ini adalah jelmaan anda, ada sifat, perangai dan sikap anda yang saya warisi tanpa saya sedari, saya tahu dulu anda garang tapi saya juga tahu anda bukannya garang benar2 anda cuma garang tipu2 sebab kami nakal, anda selalu kata mau pukul kami tapi sumpah anda tidak pernah walau sedikit pun menyentuh kulit kami dan tidak pernah walau sekali pun anda menyakiti kami, saya ingin katakan bahawa saya sangat berterima kasih dengan anda kerana anda tidak pernah menidakkan keinginan saya dan adik-adik saya yang lain, apa saja yang ingin saya makan anda akan sediakan tanpa rungutan, anda tahu makanan kegemaran saya, anda sentiasa ingat untuk menumbuk cili kering untuk saya walaupun saya berada jauh d kk, selalu rajin untuk memasak nasi bersama jagung walaupun anda tahu ahli keluarga anda yang lain tidak suka makan nasi macam tu, anda selalu back up saya bila E'na marah saya dan saya selalu lari ke rumah anda bila saya merajuk sebab kena marah oleh E'na, anda adalah pencipta kuih kegemaran kami 4beradik......[sekejap saya mahu berhenti menaip, saya sedih] saya tidak ingat kalau kami ada katakan pada anda bahawa kami sayang anda ketika anda masih ada di sini. saya juga tidak ingat kalau kami ada meminta maaf setiap kali kami menyakiti hati anda. Anda sangat tabah dan kuat, saya sangat akui pernyataan ini, saya belum pernah tengok orang setabah anda, walau susah anda masih boleh tersenyum dan anda masih boleh membuat kami berasa bahagia. saya sedar anda jarang membuat lawak tapi saya tahu anda kadang2 seorang yang lucu juga, anda yang selalu buat saya rasa yakin dengan diri saya, anda selalu buat saya rasa cantik, anda selalu sedia dan setia untuk mendandan saya. walaupun sepanjang saya bersama anda dari kecik sehingga dewasa, anda jarang bercerita, anda lebih banyak mendengar daripada bercerita, saya cuma hanya akan mendengar anda bercakap bila anda ingin meluahkan sesuatu kepada saya tetapi itupun jarang sekali [anda lagi suka simpan sendirikan, sebab anda tidak mahu susahkan kami kan]. Anda tahu, saya rindu anda sangat-sangat, rindu mendengar anda melatah ihhihihi, rindu mahu melihat ahli keluarga perempuan tua yang tinggi diantara yang lain, saya rindu mahu melihat anda meyikat rambut anda yang panjang dan masih hitam tu, saya rindu mahu melihat anda memakai baju kurung kedah [sekarang E'na pun jarang da pakai baju kurung kedah ni tau], saya rindu untuk menyentuh kulit sawo matang anda, saya sangat rindu untuk mencium tangan anda, saya sangat rindu anda, sangat rindu dan marah sebab saya sedar walaupun saya rindu anda saya tidak dapat berjumpa dengan anda, memikirkan anda saja sekarang ini membuatkan airmata saya menitik, saya benci bila saya tidak boleh menyentuh anda lagi, tidak boleh menghidu bau anda lagi dan tidak dapat menyatakan kepada anda bahawa saya sayang anda. anda tahu, saya selalu perasan yang anda sayang saya lebih daripada anda sayang cucu2 anda yang lain hihihihihi sebab anda tidak pernah marah saya, walaupun sekali. anda jangan marah dan kecik ati ya, bila saya panggil anda-ANDA, saya tidak boleh menahan airmata ni kalau saya panggil nama anda seperti saya biasa memanggil anda. Saya akan sentiasa doakan kebahagiaan anda di sana, saya minta maaf saya tidak dapat balik selalu ke tempat anda untuk menjenguk anda tapi nanti bila saya ada masa saya akan pergi ke tempat anda k. Saya sayang anda, kenangan, nasihat n ajaran yang anda ajar saya, tidak akan saya lupakan. Anda mesti sentiasa ingat ya, kami di sini - saya, ain, kamil n mameng sangat sayangkan anda, kami rasa kehilangan anda [tiada sudah pembuat kuih kegemaran kami].

 wajah anda tetap menten kan :)

kita suka ambil gambar macam ni dulu kan, bila ada duit lebih kita mesti ambik gambar d studio dan biasanya kita ambik gambar gini bila kami cuti sekolah kan, tengok E'na masih muda, pakai celak lagi hihihi. anda memang tinggi d antara nenek dan datuk yang lain kan :)

Semoga anda bersemadi dengan tenang d sana. Awam.....mimi sayang awam, mimi rindu awam, mimi tiada kawan sudah mau makan anak ikan basung goreng dengan cili tumbuk buatan awam tu ;(

darah, gene, daging n keturunan

encik jaapar dan puan jaliha d kurniakan 4 orang anak, 2 lelaki (dlm part ini kadang2 mama telepas ckp, "klu aku tau payah mau jaga anak llaki ni bek aku beranak anak pompuan ja"~ini ketika mode sebal, sengal, marah, emosi dan sebagainya~) n 2 pompuan (dlm part ini pla, kadang2 ayah telepas cakap, "klu aku tau anak pompuan ni suka ngabiskan duit aku tuk shoppiang baik aku suruh bini aku beranak lelaki ja" ~ ini ketika mode ayah aku sedang mengeluarkan kepingan nota2 berharga dari dompet kesayangannya smbil menjeling kmi yang tersengih2 d sebelah kaunter sambil menjinjit barang2 belian hihihihihi~). setiap anak2 ayah n mama aku ni masing2 punya kelebihan n kekurang tersendri n paling penting masing2 ada pe'el sndri, ahhhhhh sabarnya parent aku kn ihhihiih. jom aku ceta satu persatu tntang perangai, kelebihan n kekurangan (part ni dak buli ceta byk, marbahaya~dosa ohh mngaibkn sodara sedara sndri). tp sebelum tu biar aku tunjuk dulu pic kmi berempat k

plz ignore pose kurang pintar saya tu (ni tepengaruh dgn group 4u2c la ni) ~ hah ni la pic kami berempat dgn ayah tercinta, zaman ni memang zaman kegemilangan trend baju2 askar [dak pun dorg jadi askar saya tgk sekarang ni].

dr kiri yang pakai baju kaler merah tu yang setiap kali bergambar cuma tahu buat sign peace ialah ain, dia anak no. 2, obiusly yg d tengah2 tu saya la kn, sebelah kanan pose duduk macam ultramen baru belajar step silat tu nama dia kamil, dia anak no. 3, dia ni kira anak sulung lelaki n anak pebret ayah saya selepas saya huahuahua n yang d depan cinonet tu yang kami suma adik beradik ingat tak kan pandai besar tu nama dia naufal a.k.a mameng, dia anak bongsu. 

so kita stat dengan ceta pasal c ain a.k.a tokey kek ye
ini ain masa baby (macam trojen-masa ni saya penah bagi dia makan pembalut gula2 getah sebab saya jeles dengan dia, mama n ayah selalu aja bagi perhatian dengan dia)

budak ni masa lahir dulu2 kami ingat dak akan pandai besar sebab dia lambat membesar then masa kecik dalam umur 2-3 tahun gitu dia sangat kurus (bab2 kurus ni kang kita ceta k). dia juga adalah diantara yang paling lambat mau belajar becakap, dia pelat, saya masih ingat ayat2 dia yang paling best "ini totin atu tan ma?" mama saya yang sedang menggoreng pisang terkedu sekejap n befikir perluka aku mnta dia ulang balik apa yang dia cakap td ni? huahuahua. translate ayat sebenar ialah "ini stokin aku kan ma?" hahahaha masa ni kitaorang bergaduh pasal stokin, kitaorang kecik2 da d biasakan tuk buat keja2 rumah seperti memilih baju sendiri di dalam bakul baju then lipat sendri [alahhhh pastu mak kitaorg lipat balik gak, just imagined keja tangan budak kecik, boleh trimaka hasil dia?? saja nak buat kitaorg bz la tu], so tym kitaorang selongkar2 baju terjumpala stokin n besala babak2 rebut merebut stokin msti ada la kn-yala stokin zaman tu kan stokin jenis reben-reben n rambu-ramba- bila da berebut2 konpom gaduh punya, so c ain yang selalu tak mau ngalah rebut stokin dr saya n lari p dapur smbil berkata ~dialog seperti diatas~, tapi lagi best bila mamatua [kita orang panggil nenek blah ayah mamatua n atuk bapatua] ajak ain makan trus dia dengan kekunun pintarnya menjawab "atu mau mati tulu baru matan" meaning "aku mau mandi dulu baru makan" [ain memang terkenal sebagai pembersih dr kecik] mamatua trus tediam tak kekata apa2 hahaha. ain ni muka dia macam cina kn tapi iya2 ngaku pra hua-hua-hua ntah hantu apa merasuk dia ni smpi nak sangat jadi pra, mungkin bab hidung dia ada mancung sikit kot {yela tu..}. so bila ain da menjangkau usia 4-5 thn gtu badan dia kurus sangat, cekedingla kalau kira d ibaratkan. soo my mum risau la kn, pastu bila bawa kitaorang p kenduri ke tau majlis2 apa pun msti orang tegur, "ai leha ko tak bagi anak ko makan ke? asal aku tengok cekeding semacam je anak ko, ke anak ko ni ada penyakit?" mula2 mama bolehla senyum2 kambing sambil kata "ntah la joyah, anak aku ni kurang sikit selera nak makan, pemilih sangat" [iyaaa ain memang pemilih bab makan, bab tu nti kita ceta k] tapi bila da asik2 kena tanya soalan yang sama mama pun naik geram so belikan kitaorang vitamin A....{nama tak boleh sebut nanti saya kena saman}, di sebabkan ain ni memang terkenal dengan sikap yang tak mau kalah dengan saya n selalu mau lebih dari saya, dia selalu makan vitamin tu 2biji sekali telan sedangkan pengambilan secara normal cuma sebiji sekali makan, then kesudahannya korang pun da boleh agak kn, bila ain menginjak je usia 10 tahun gtu dia da mula membesar secara maksima dan dia menjadi di antara kanak2 berusia 10tahun yang lebih besar dari biasa. dia sangat suka makan dan saya sudah mengerti bahawa hobi utamanya ialah makan namun begitu dia tidak mensia-siakan hobi yang dia minati itu kerana beliau akan rajin masak dan yang kena tempiasnya ialah kami-kami yang malas mau masak tapi sentiasa lapar dan bukan setakat itu sahaja, beliau kini telah memegang title TOKEY KEK sebab dia buat bisnes jual cupcake, tart telur n kek [harus d akui semua yang tersebut di tepi ini adalah sangat sedap sekali] 

 ni kek masa saya tunang

 ni pla kek tunang org len

 org AirAsia pun order dgn dia ah

 asal saya rasa macam saya promote dia ni??? takpe adik beradik, buli tumpang2 jari kelingking sekali :89

saya tidak sangkah dia ni kreatif jga sbb dulu masa SPM saya yang tolong buatkan keja seni dia [shhhh jgn bgtau org k]

see betapa bergunanya hobi dia yang suka makan tu kan. ermm selain suka makan dia pandai menjahit n kemas rumah n pandai fashion jgala n also pandai bab2 komputer n IT ni, kira sapa dapat dia ni kira untung sikit la hahaha, dalam kami 3 beradik, kami selalu panggil dia mama tiri sbb dia memang macam mak tiri, garang kemain, suka teriak2 padahal dia ni pendiam n pemalu tau [konon!] dia suka teriak bila suruh kitaorang bersihkan rumah tau pun kami kacau dia tengah makan hahahaha but then she is more concern to our family n brothers la, klu harap saya......hampeh kui-kui-kui, dia kira orang harapanla d rumah merangkap Chef dan juga orang gaji hahaha. minded dia more to chinese-bisnesminded, suka keja sendiri jd bos sendri n suka cari duit, anything yang boleh mendatangkan untung bagi dia, dia takkan lepaskan [teringat beg saya yang jambu tu, alih2 da ilang dr almari, bila tanya dia kata dia da jual, suka hati betul!]. ermmmm tak boleh ceta banyak sangat pasal dia ni.

adik saya yang ke3, nama penuh dia Mohd Kamel, kami panggil dia mel ja [tp ada zaman dahulukala kamil insist kami panggil dia JOHAN, kenapa? kami pun kurang pasti motif sebenar dia] dia ni suka hidup dalam donia dia sndri, dalam donia dia cuma ada makanan, tiduran, TVian, musikan, tari-tarian n perempuanan [opssss!!!]. dia ni macam biskut atau juga mungkin ahli silap mata tidak kurang juga dia berkemungkinan adalah halimunan kerana kami selalu tidak tahu dia kemana a.k.a kami tidak sedar jika dia ada d rumah atau tidak kerana hobi sebenar dia ialah memerap di dalam bilik, bilik adalah rumah sebenar dia, bila malu dia lari masuk bilik [oh lupa mau mention kamil adalah seorang jejaka pemalu, dari kecik sampai besar, bila ada orang datang rumah dia mesti sembunyi dalam bilik dan cuma akan keluar bila orang dah balik ~tapi sikap ini sedikit sebanyak telah berubah, mungkin kerana dia sudah matang atau juga kerana makcik2 yang datang kerumah selalu bawa anak dara dorang yang molek-molek tu] bila marah pun lari p bilik, bila sedih..ermm budak ni pandai sedih ka?. ya lupa juga mau mention, dia pandai menyanyi, suara dia sedap, kalau poket dia berkepuk2 dia akan rela hati bawa n belanja saya karoke [harus saya rasa bangga sebab dalam adik beradik cuma saya yang dia invite - kembang hidung sekejap ;8D] dia ni paling jarang masak tapi sekali masak memang sedap, masa dia kecik2 memang comel gila, tersangatla comel

 mama tidak pecaya kepada bnda yang bernama pampers

dulu bila tanya apa cita2 dia, dia mesti blur, sebab dia tak tau nak jadi apa, he is a person yang follow the flow i gez, tapi sekarang mungkin cita2 dia menjadi semakin terang di mata kerana dia begitu meminati bidang masakan [tapi dia juga minat menari-adaka jauh d dasar hatinya dia mahu menjadi penari pro?? saya tidak berani untuk membuat spekulasi]

 menjadi chef?

atau

penari pro?

 tapi apa-apa pun pilihan dia, kami sekeluarga tahu itu adalah yang terbaik untuk dia mana tau tiba-tiba dia jadi.....

seorang model???

hahahaha, ermm baru saya sedar belum banyak yang saya tahu tentang adik saya yang seekor ni eh salah, yang seorang ni [tula ko mel, suka sangat hidup dalam dunia ko, memerap ja dalam bilik].

ini pla ceta pasal adik saya yang bongsu or bungsu??? saya tidak punya gambar ketika dia masih bayi, cuba untuk mencari d FB nya haram tak jumpa, seingat saya hari tu mama ada tag pic masa dia baby, tapi mungkin dia sudah delete [konpom dia malu, alaaaa kekonon dia sudah bujang la tu, hish!], hah ceta pasal adik saya yang paling kecik tapi sebenarnya paling besar ni, dia punya kepala hangin yang sangat bikin panas, mesti cakap lembut-lembut dengan dia arghhhhh tensen, bila cakap tinggi or tekasar sedikit dia akan balas 10x ganda dari kekasaran dan ketinggian kita tu, tapi dia ni budak baik sebenarnya, rajin membantu ketika di perlukan [tapi tengok mood dan juga mesti ada imbalan, huh!] paling pandai dalam soal2 mekanikal terutamanya moto [dia adalah mat rempit sambilan], dia juga sangat meminati permainan pool atau snuker [ada bezaka tu?], selalu temankan saya pegi menerokai tempat yang tidak d ketahui hujung pangkalnya [biasanya ketika ini kami akan selalu trip ataupun dalam bahasa melayu kami berangan yang kami sedang ikut pertadingan rally DAKAR, eh betulka tu? alaaaa lumba keta yang guna 4wheel-memangla keta guna 4tayar ayoo!-tu pastu drive laju2 dalam hutan n kebun kelapa sawit n ada seorang baca peta ~ n biasa tiada pun d antara kami berdua yang baca peta, kami main redah ja hahaha], dia ni jenis ermm hewan apa yang boleh menggambarkan balik subuh2 tidak kira sekolah atau pun cuti?? ahh tiada, dia la seorang jenis manusia begitu, tidak pernah takut kena marah sebab balik lambat [heran, napa dia jarang kena marah, kalau zaman saya dulu nak berangan balik lambat pun sudah rasa macam kena rembat dengan tali pinggang kulit ayah-bukan tali pinggang yang d perbuat dari kulit ayah okey, dushh!! berhenti merepek shella] dia juga kekadang merupakan partner in crime muahahaha apa crime??? mana bley bagitau, rahsia ohhhhh. dalam 4 orang sedarah sedaging ni cuma dia seorang ja yang terer n pandai matematika [mungkin sebab tym mama ngandungkan dia, mama makan spirulina-dorang kata spirulina ubat/suplimen bagus boleh buat anak pintar, napa mama tak makan spirulina tym ngandungkan saya kalau tak konpom dalam slip SPM maths saya bukan berbentuk taugeh segar]. oh lupa mau bagitau, dalam family kita n family sebelah mama dia kena panggil mamenk n family belah ayah panggil dia nopal or gopal [saya tau mesti dia cuba rahsiakan ini daripada pengetahuan cewek, awekz, kawan d sekolah dan paling penting kawan2 n kenalan2 d FB] muahahahaha. Hahahaha [saya mulai dengan ketawa sebab nak kaver diri sebab sedang stuck idea] hah ada lagi, ketika dia masih kecil saya dan ain pernah potong rambut dia guna mangkuk, bakar tangan dia n tolak dia dalam semak [menitik juga airmata bila mengenangkan kisah ini, minta maaf menk], saya ada pic rambut dia macam mangkuk nanti saya scan n upload k. 


d sekolah pun blh g camwhore ah

ermm dah la ceta pasal darah daging saya ni, macam saya da boring pla [padahal teda idea sudah]. for my adik beradik, no matter kita gaduh macam nak beperang dkat iraq, we owez remember kita adalah satu [ewwwwww], buruk2 kita ni, kita cuma ada each other, susah2 kita cuma kekita ja yang rela membantu [sila jangan jadi macam watak dalam drama swasta yang adik beradik tak nak tolong each other ok, dan cemburu mencemburui each other, kita memasing tahu kelemahan n kelebihan diri memasingkan, jauhkan semua sikap n sifat laknat tu, nauzubillaminzalik] akhir kata lihatla.....

pic kami yang da besar gedabak ni [ayoo ni geng gumuk ka apa ni?]