Monday, September 17, 2012

DISEBALIK MITOS SUSU IBU





pic adalah ehsan google



MITOS DAN FAKTA TENTANG SUSU IBU

MITOS:-
Susu berwarna kekuning-kuningan yang keluar sewaktu pertama kali bayi menyusu adalah susu basi

FAKTA:-
Lazimnya di awal proses penyusuan terdapat cecair berwarna kekuningan (kolostrum) bertindak sebagai antibodi pertama bayi. 
-Kolostrom hanya hadir tiga atau empat hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6bulan hingga 2 tahun. IA TIDAK AKAN BERULANG!
-Kolostrom mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi & ia adalah makanan pertama terbaik buat bayi.

MITOS:-
Payu dara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur

FAKTA:-
Secara alami saiz payu dara akan berisi sepanjang 9bulan kehamilan, proses pembesaran berlaku ekoran kerana proses mamogenesis. JIKA IBU TIDAK MENYUSUKAN BAYINYA SELEPAS BAYI LAHIR, SAIZ PAYU DARA IBU AKAN MENURUN DENGAN CEPAT DAN DRASTIK MANAKALA SAIZ PAYU DARA IBU YANG MENYUSUKAN BAYINYA AKAN MENURUN SECARA PERLAHAN-PERLAHAN.

MITOS:-
Bayi akan sentiasa melekap pada ibu

FAKTA:-
Ibu adalah manusia pertama yang bayi kenal, setelah menjenguk dunia bayi secara eksklusif menyusu dari payu dara ibunya lebih dari 10kali sehari, impaknya daripada hubungan intim itu mungkin memberi kesan kepada keakraban hubungan diantara ibu dan anak. Ketahuilah wahai ibu-ibu sekalian, bayi yang menyusu susu ibu akan membesar menjadi INDIVIDU YANG LEBIH BERDIKARI, BERASA SELAMAT DAN DI LINDUNGI, LEBIH BERKEYAKINAN DAN KURANG MENANGIS.

MITOS:-
Payu dara kecil susu kurang

FAKTA:-
Semua ibu secara semula jadi boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Saiz payudara KECIL atau BESAR bukan UKURAN SUSU YANG DIHASILKAN BANYAK ATAU KURANG.

MITOS:-
Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi

FAKTA:-
Puting payu dara ibu bersifat ANTIBAKTERIA. kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (satu jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang dicuci kerana aroma semula jadi ibu lebih menarik bayi. Bintik-bintik kecil di sekeliling payu dara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. MENCUCI PAYU DARA MEMADAI DENGAN MANDI SEPERTI BIASA DUA KALI SEHARI, TIDAK PERLU MENCUCI DENGAN SABUN BAHAN PENCUCI.


Sumber diamik dari majalah Wanita keluaran September 2012.

No comments:

Post a Comment