td aku terdengar lagu kumpulan Raihan - Iman terus aku teringat zaman2 aku sekolah menengah dulu, kalau dak silap aku dalam form 2 tau form 3, kan dalam subjek agama islam ada bab pasal Iman, honestly dulu aku kalau bab kelas agama memang blur + malas mau fokus [ustazah berat sebelah] jadi aku tu bila kelas agama ja memang acuh dak acuh ja la, aku cuma minat bila masuk bab2 sirah, kisah2 nabi n cerita dosa2 besar serta hari kiamat selain dari bab tu no way la aku mau fokus, jadi bila ustazah ajar bab iman aku rilek ja tido d belakang. d pendekkan ceta bila tyme exam paper agama, adala pla soalan pasal Iman ni, soalan dia bih kurang mcm ni - terangkan maksud Iman - dem masa tu aku menyumpah gila sebab dak fokus tyme ustazah mengajar, aku tengok keliling aku, suma khusyuk ja menjawap paper, teda satu pun kawan2 aku yang kerut2 kening tanda bermasalah jawab paper macam aku seorang ja la yang tekulat2 tyme 2, aku tengok jam, aku tengok masa yang d peruntukkan dekat papan tulis ada 5minit lagi, kawan2 yang lain aku tengok da ada yg tebalikkan paper kekonon da siap jawap n konpidenla tu n ada juga yang siap tido, dalam hati cakap "ahh xpayahla jawab" tapi otak aku jawap "mana leh, bukan aku tu kalau tinggalkan soalan kosong xberjawap" ntah mcmana tiba2 macam terngiang2 lagu Raihan-Iman, aku apalagi terus salin la lirik lagu tu, hapal pla aku lagu tu kn, uishhh rasa kembang ja dada n konpiden betul, pas tulis suma lirik tu aku senyum tengok keliling aku, then konpiden terbalikkan kertas soalan n jawapan tu.
di pendekkan ceta sampaila masa tuk ustazah bagi balik kertas jawapan, ustazah ni dia suka bagi orang yang dapat markah tinggi last2, yang herannya kali ni, yang mana budak2 baik yang selalu fokus tyme kelas ustazah kena panggil dulu, aku apalagi tambahla konpiden dlm hati cakap "wahhhh hebat aku kali ni dapat jatuhkan budak2 baik ni dlam kelas agama" tengok keliling kawan2 yang satu kepala dengan aku semua da senyum bangga, walaweiiii kali ni budak nakal angkat kertas agama, cayala. bila semua budak2 baik da kena bagi kertas jawpan dorg, ustazah pun cakapla "ok nama2 yang ustazah panggil ni sila berdiri d depan kelas ye" wahhh seronok2, semua nama pun kena panggila, adalah dalam 8 orang gitu, bila semua da kuar berbaris n senyum2 bangga, ustazah datang cubit perut sorang2 sambil cakap "bila masa ustazah ajar kamu Iman tu adalah mutiara hah? bila masa ustazah ajar kamu iman tu adalah lagu raihan? bila masa ustazah ajar kamu iman itu tidak boleh d warisi?, hah ni la kejadian dia kalau ustazah mengajar d depan korang tidur dekat belakang" wakakakaka aku ingatkan aku sorg ja yang guna lirik lagu raihan rupa2nya kawan2 aku yang lain pun sama juga patutla tyme jawap paper agama tu semua senyum2 konpiden rupa2nya masing2 salin lirik lagu raihan hahahaha
No comments:
Post a Comment