Wednesday, November 10, 2010

KALAU AKU JUMPA JIN DALAM TEKO.....

  • aku akan minta jin tu bagi aku otak yang genius tahap gaban, yang genius gila2 la tapi bukan genius sampai jadi gila oKeyyyy n paling penting aku nak genius part subjek matematik @#%@!%$#^@# tu!!! kerna subjek ni la slip SPM aku tak cun

  • aku nak aku pandai semua bahasa dalam donia ni tak kisahla dari ceruk mana sekali pun yang aku tau bila aku p je tempat2 yang lain daripada bahasa melayu n ingeris aku boleh bekomunikasi dgn cemerlangnya dgn orang2 kat sna, cemerlang oKeyy bukan cemerkap

  • aku nak jin tu bagi aku ilmu transfom jadi halimunan bila2 aku nak, tyme tu bbah kena hati2 dgn pergerakan n kelakuan oKeyyyy!!!!

  • aku nak jin tu ilangkan semua jerawat yang ada d muka aku ni n tak kasik lagi jerawat tu tumbuh sampai bila-bila

  • aku nak badan aku slim je macam gisele bunchon tu selamanya [salah eja??? alaaaa bukannya dia tau pun] biar pun aku beranak pinak sok

  • aku nak partner-kerja aku lesap p negara lain atau lagi baik hantar dia balik ke negara asal ibu-bapa dia [ngko bangga sangat kan dgn negara kelahiran mak bapak ko tu tapi still nak melepak dkt negara aku, siap claim itu ini-ahh psl claim2 ni malas la nak jadi isu, tu kira rezeki ko la tu knnnnn]

  • aku nak bila bos-bos bongok yang marah aku yg kesilapan tu bukannya datang dari aku terus diam tak tekata bila aku tenung jek mata dorg, pastu rasa sakit sampai ke tulang punggung hasil dari tenungan aku tu

  • aku nak duit dalam akaun bank aku tu tak penahnya nak habis asyik betambah-tambah lagi adalah

  • aku nak semua hutang aku yang bekepuk-kepuk tu selesai seselesainya tanpa meninggalkan sekelumit pun sisa-sisa hutang

  • aku nak partner-kerja aku ni di bersihkan hatinya. aku nyampah betul dengan mulut busuk + hati busuk + perangai dak mau kalah + perangai PHD yang yaaaaa ampun tak hengat donia tu. sila bersihkan hati dia tu sebelum hantor dia ke negara asal dia tu, kesian pla nanti dengan org2 d negara asal dia tu, da la negara dunia ke-3 betambah stress kehidupan dorang karang.

  • aku nak poket doraemon!!!! bila ada poket ni sure aku boleh ke mana-mana yang aku suka kan

  • aku nak bulu ketiak n bulu ninun tu hilang bila aku nak dia ilang [tapi jangan pla tak tumbuh langsung, kang mati sok apa aku nak bikin kaver tempat-tempat yang patut di kaver tu] 

  • aku nak jin u temukan aku ngan BFF aku yang ilang tanpa jejak tu, sazlinawati nama dia, lin ko ilang p mana??? merata aku cari ko tau.. [merata la konon, tapi seyes lin, aku sampai boleh kol TOPSHOP dkt seluruh KL nun bila tedengar yang ko keja dgn kedai tu]

  • aku nak aku pula yang ada ilmu menjadikan WISH TU JADI REALITI pastu jin tu pla hidup macam org biasa tapi aku akan pastikan aku tak tinggal dalam teko huahuahua gila tamak + lupa daratan, kalau jin teko tengah baca blog ni, ngko jgn pla tak nak realitikan wish aku ahhh, yang kata nak amik kuasa ko tu aku memain je tu ngeh-ngeh-ngeh ^..^


    No comments:

    Post a Comment