Saturday, July 21, 2012

POSA-MENYELAM SAMBIL MINUM AIR

warghhhhhhhhhhhhhhhhh lamanya xbuat entry, sangat sibuk [sangatla mengkali!] bisuk 21.07.2012 ari pertama posa, xsabar mau posa. FYI [kalaula ada yang baca] berat badan i fuhhhhhhh sudah mencapai 70lbh kg @_@ wat have i done to myself???? aku telah membuat penderaan fizikal secara brutal dengan memakan nasi tanpa henti dan mengiktiraf nasi sebagai teman sejati dengan mengclaim bahawa diri dan badan akan menjadi lemah kalau tidak makan nasi satu hari. pecayalah hari-hari bila suap nasi ke mulut puaka ni selalu rasa bersalah tapi hati selalu memujuk dak apaaaa sok kita jangan makan nasi k, arini ja. aiiii everyday pun hati pujuk macam tu dan everyday pun diri terpujuk dan hasilnya badan pun jadila kembang semangkuk macam tong sampah depan rumah tu, semua pun sumbat dalam mulut sebiji macam tong sampah T_T

memandangkan ari-ari biasa adalah amat sukar untuk mengawal nafsu maka dengan itu aku istiharkan bulan posa tahun ni sebagai bulan menurunkan berat badan sebab aku rasa bulan posa ja yang boleh buat aku disiplin sikit [seee masih dak yakin sebab taip sikit].

selain disebabkan tidak tahan melihat badan timbul daging di tempat2 yang tidak sepatutnya, kata-kata yang hampir2 menyamai nista juga menjadi penyebab untuk aku berazam teguh untuk menjadikan bulan posa ini sebagai pemangkin berat bandan ideal [wohhhhhhhhhhhh ayat skema betolll] sooo we'll see la what happen selepas ni ah.aku teda latest pic aku sekarang [setiap kali amik pic aku delete, amik pic aku delete- nampak sangat low selfesteem menjunam jatuh ke tumit kaki]